IBDE 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa - Ali Jum'ah (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Kitab yang menjadi kompas kehidupan seorang Muslim ketika dunia semakin mengaburkan sempadan antara kebenaran dan kebatilan.
Kitab 40 Hadis Imam Nawawi menghimpunkan 42 hadis pilihan Rasulullah SAW yang merangkumi asas akidah, ibadah, akhlak dan muamalat. Selama berabad-abad, karya ini menjadi rujukan utama umat Islam untuk membina prinsip hidup yang kukuh, memperbaiki hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia, serta menghadapi perubahan zaman tanpa kehilangan pedoman.
Rangsang Sari
Kitab al-Arba'un an-Nawawiyyah merupakan salah satu himpunan hadis yang termasyhur dalam dunia Islam.
Huraian dan syarahan terkini oleh Al-Imam Ali Jum'ah bagi 40 hadis susunan Imam an-Nawawi ini merangkumi kupasan bukan sahaja bersumberkan warisan ulama silam bahkan turut membentangkan analisis dan jawapan bagi beberapa persoalan asas agama berdasarkan keadaan dunia masa kini.
Tentang Pengarang
Al-Allamah Dr. Ali Jum'ah Muhammad Abdul Wahab adalah bekas Mufti Besar Mesir (2003-2013) dan merupakan salah seorang anggota Haiah Kibar Ulama al-Azhar, sebuah badan utama menghimpunkan pimpinan ulama utama di institusi pengajian Islam tersebut. Beliau juga terkenal sebagai pengarang prolifik yang banyak mengarang karya berkaitan turath Islami, syariah dan pemikiran Islam.
Maklumat buku
Judul asal: al-Futuhat al-aliyyah fi syarh al arbain an-nawawiyyah
Penulis: Al-'Allamah Dr. Ali Jum'ah Muhammad Abdul Wahab
Penterjemah: Lajnah Penterjemahan Akademi Pemikiran Turath (APT)
Tahun terbit: 2024
Halaman: 208 mukasurat
ISBN: 9789670037585
Ukuran: 23 cm x 15 cm
Berat: 0.45 kg (Kulit Keras)
×
×