PENGGANTIAN BUKU
Kami menjamin kualiti buku yang kami jual. Namun kadangkala, terdapat kecacatan yang tidak dapat dielakkan atau dikesan lebih awal. Bagi buku-buku yang memenuhi syarat di bawah, kami akan mengganti buku rosak yang telah anda beli dengan buku baharu.
Proses penggantian ini hanya sah untuk buku yang rosak dan dibeli terus melalui laman web IBDE, Shopee IBDE dan saluran rasmi IBDE sahaja. Bagi pelanggan yang membeli melalui ejen atau pengedar, sila berhubung dengan ejen atau pengedar anda.
SYARAT PENGGANTIAN BUKU IBDE:
1. Satu buku yang rosak diganti dengan satu buku rosak sahaja.
2. Buku yang baru akan diberikan bagi menggantikan buku yang salah cetak, hilang muka surat dan lain-lain kesalahan percetakan kilang. Kos penghantaran ditanggung oleh IBDE.
3. Bagi buku yang rosak akibat syarikat penghantaran, tanggungjawab sebenarnya di atas syarikat penghantaran kerana IBDE telah menyerahkan buku yang baik kepada mereka. Bayaran kepada syarikat penghantar telah dibayar oleh pelanggan dan ini termasuklah bayaran ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan akibat kesalahan kurier. IBDE akan membantu proses ini, sila berhubung dengan wakil jualan kami.
4. Semua buku elok yang telah dijual tidak dipulangkan.
PEMULANGAN WANG
Pelanggan hendaklah memulangkan semula buku berserta resit untuk penukaran atau bayaran balik sepenuhnya dalam tempoh 14 hari. Untuk bantuan, sila hubungi kami melalui e-mel di jualan@bukuibde.com, WhatsApp di (+60)12 660 1601 (Jualan), atau telefon di (+60)3 6461 2023 (Ibu Pejabat).
Bayaran balik akan dibayar dengan cara bayaran yang sama seperti bayaran asal mengambil sehingga 14 hari waktu bekerja selepas pemulangan dibuat.
Pembelian secara tunai: dibayar balik secara tunai.
Pembelian secara kad kredit: kredit akan diberi kepada kad asal. Kad asal mesti dikemukakan semasa pemulangan.
Pembelian secara dalam talian: akan dipulangkan ke dalam akaun bank pelanggan.
ALAMAT PEMULANGAN
IBDE Ilham Sdn. Bhd. (1218324-T)
Wisma IBDE,
11, Jalan Ara SD 7/3b,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia.
Emel: jualan@bukuibde.com
Telefon:
(+60)3 6461 2023 (Ibu Pejabat)
(+60)12 660 1601 (Jualan)