IBDE Abu Bakr as-Siddiq: Liku-liku Hayat & Pemerintahan Khalifah Pertama - Muhammad Hussein Haikal (Biografi) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
Memimpin umat sejurus kewafatan Nabi Muḥammad SAW merupakan cabaran maha berat buat Saidina Abū Bakr. Pertelingkahan dalaman antara kaum Muhajirin dan Ansar, pemberontakan dalam masyarakat, masalah kemunculan nabi palsu, keselamatan sempadan, pembukaan wilayah baru dalam kawasan jajahan Romawi dan Parsi, pengumpulan al-Quran dan pelbagai isu pemerintahan diceriterakan serta dikupas dengan sangat rinci oleh Muḥammad Ḥussein Haikal yakni pengarang hebat dari Mesir yang pernah memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pendidikan negara itu.Tentang Pengarang
Muhammad Hussein Haikal merupakan bekas Menteri dalam Negeri dan Menteri Pendidikan di Mesir. Beliau memperolehi ijazah undang-undang dari Universiti Sorbonne pada 1912. Setelah pulang ke Mesir, beliau bekerja sebagai peguam selama 10 tahun, kemudian menjadi wartawan. Beliau telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan pendidikan di Mesir, desentralisasi, penubuhan zon-zon pendidikan dan kurikulum berorientasi tempatan dan semasa sepanjang memegang jawatan sebagai menteri Pendidikan. Beliau sangat dipengaruhi oleh aliran pemikiran komprehensif Mohammad Abduh, Ahmad Lutfy El Sayed dan Qasim Amin.Maklumat Buku
Judul asal: Hazrat Abu Bakr Siddiq Penulis: Muhammad Hussein Haikal Penterjemah: Farhan Affandi, Akmal Khuzairy Abd Rahman Penyunting: Zahid M. Naser Tahun terbit: Mac 2022 Halaman: xxxvii + 417 mukasurat ISBN: 9789672672333 Ukuran: 15 x 23 cm Berat: 1.1 kg Harga: RM 80.00
×
×