• Basikal Curi KK - Mokap A
  • Basikal Curi KK - Mokap B
  • Basikal Curi KL - Mokap B
  • Basikal Curi - Mokap C
  • Basikal Curi - Mokap D
1

IBDE Basikal Curi - Wu Ming-yi (Novel)

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Senarai Panjang Man Booker International Prize 2018

BASIKAL CURI

單車失竊記 / The Stolen Bicycle

Senarai panjang Man Booker International Prize 2018 dan penerima Anugerah Sastera Negara Taiwan pada tahun 2015

Bagaimana dengan hanya sebuah basikal yang dicuri, menjadi asbabnya mengenal kembali tanah airnya dan juga masyarakatnya yang hilang dalam ingatan sejarah.

Basikal Curi bukanlah kisah tentang basikal semata-mata. Buku ini membawa kita merentas kenangan dan keadaan manusia melalui babak sehari-hari di sana yang berlatarkan masa Perang Dunia Kedua. Cheng mengimbas kembali masa lalu, mencari basikal ayahnya yang dicuri dan secara tidak langsung membawanya mengenali diri, masyarakat, sejarah dan tanah air.

Basikal Curi mengisahkan tentang Cheng, seorang penulis yang dihadapkan dengan satu pertanyaan penting: Apakah yang terjadi kepada basikal ayahnya? Dalam mencari jawapan, tanpa sedar Cheng terjerumus ke dalam lubang sejarah dan ingatan, bertembung dengan pelbagai riwayat yang berselirat antara perang dengan alam dan antara ingatan peribadi dengan masyarakat. Novel karya Wu Ming-Yi ini merupakan sebuah pencarian puitis merentasi masa, ingatan, dan sejarah melalui benda-benda harian, tempat-tempat yang indah, dan sebuah basikal yang sialnya dicuri.

Wu Ming-Yi (Lahir 20 Jun 1971) ialah seorang pengarang, seniman, penterjemah dan pakar kesusasteraan Taiwan yang terkenal dengan gaya penulisan puitis, berlapis falsafah serta sarat tema ekologi dan hubungan manusia-alam. Novel-novelnya menerima pujian luas dan memenangi pelbagai anugerah sastera. Pada tahun 2018, novel The Stolen Bicycle (單車失竊記; 2015) atau Basikal Curi ini tersenarai dalam senarai panjang Man Booker International Prize.

Judul asal
單車失竊記 / The Stolen Bicycle (2015)
Penulis
Wu Ming-yi 吳明益
Penterjemah
Khoo Phau Liang & Sit Ai Reen
Tahun terbit
2026
Halaman
408 mukasurat
ISBN
9786297812113
Ukuran
12.7 x 19.6 cm (Kulit Keras)
Berat
0.5 kg