IBDE Buku 6 - Cawan Bertatah Permata | Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan - Imam al-Ghazali (Kanak-kanak) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
CAWAN BERTATAH PERMATA | KISAH-KISAH BERDASARKAN KITAB RAMUAN KEBAHAGIAAN
Seorang raja amat menghargai sebuah cawan bertatah permata yang sangat bernilai. Namun, adakah kebahagiaan sebenar terletak pada memiliki harta yang berharga?
Berdasarkan karya Imam al-Ghazali Kimiyaye Saadat (Ramuan Kebahagiaan), kisah ini menghidangkan nilai moral yang tinggi dalam bahasa yang mudah dan penuh warna.
Kenapa Buku Ini Sesuai?
- Nilai kejujuran dan integriti yang jelas
- Diterbitkan berdasarkan karya agung Islam
- Ilustrasi berwarna dan menarik perhatian
- Disesuaikan untuk kanak-kanak – ringkas, mudah faham & bermakna
Siri Al-Ghazali Muda: Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan karya Imam al-Ghazali mengandungi 12 tajuk:
Peniaga yang Jujur • Lelaki Ahli Syurga • Akibat Dengki • Perniagaan yang Menyusahkan • Penjaga Dusun Kurma • Cawan Bertatah Permata • Pelita yang Padam • Pengemis Kaya • Pokok Patung • Ismail dan Kesedihannya • Raja dan Malaikat Maut • Raja yang Telah Pekak
"Akan tetapi jika suatu hari cawan ini pecah, sudah pasti tuanku akan gundah. Tuanku semestinya akan berasa sedih dan kesal sekali. Andai ia dicuri, pasti ia akan menjadi masalah besar dan pesalah pula bakal dihukum. Tuanku juga harus memerintahkan pengawal untuk mencari cawan yang dicuri, malah belum tentu ia akan ditemui semula."
Cawan Bertatah Permata mengisahkan seorang pemerintah yang memiliki sebuah cawan yang amat bernilai, namun akhirnya menyedari bahawa keterikatan terhadap harta hanya membawa kerisauan. Melalui kisah penuh pengajaran ini, pembaca diajak memahami nilai qanaah, kesederhanaan dan meletakkan kebahagiaan pada perkara yang lebih bermakna daripada kemewahan dunia.
Mojgan Sheikhi ialah seorang penulis, wartawan dan penterjemah terkenal dari Iran yang banyak menghasilkan karya dalam bidang sastera kanak-kanak dan remaja. Beliau mula aktif dalam dunia penulisan sekitar tahun 1984 dan telah menghasilkan pelbagai karya termasuk cerita kanak-kanak, biografi tokoh, sejarah serta adaptasi cerita rakyat.
Karya-karya Mojgan Sheikhi terkenal dengan unsur pendidikan, nilai moral dan penyampaian cerita yang kreatif. Sebahagian karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa antarabangsa serta menerima pengiktirafan dalam bidang kesusasteraan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Pokok Patung, yang membawa mesej berkaitan nilai kemanusiaan dan pembelajaran kepada pembaca muda.
- Judul asal
- Jamee Jawaher Neshan
- Penulis
- Mojgan Sheikhi
- Penterjemah
- Sharifah Asruha
- Tahun terbit
- 2025
- Halaman
- 16 mukasurat
- ISBN
- 9789670037851
- Ukuran
- 21.5 x 21.5 cm (Kulit Lembut)
- Berat
- 0.03 kg