• KS7 Pelita yang Padam A
  • KS Mokap Lengkap Kimya Saadah Kanak-kanak
  • KS7 Pelita yang Padam B
  • KS7 Pelita yang Padam C
1

IBDE Buku 7 - Pelita yang Padam | Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan - Imam al-Ghazali (Kanak-kanak) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Siri Al-Ghazali Muda

PELITA YANG PADAM | KISAH-KISAH BERDASARKAN KITAB RAMUAN KEBAHAGIAAN

Seorang penguasa sanggup memadamkan pelita istana demi membezakan urusan negara dan urusan peribadi. Mengapakah sebuah pelita yang padam menjadi lambang kejujuran dan amanah seorang pemimpin?

Berdasarkan karya Imam al-Ghazali Kimiyaye Saadat (Ramuan Kebahagiaan), kisah ini menghidangkan nilai moral yang tinggi dalam bahasa yang mudah dan penuh warna.

Kenapa Buku Ini Sesuai?

  • Nilai kejujuran dan integriti yang jelas
  • Diterbitkan berdasarkan karya agung Islam
  • Ilustrasi berwarna dan menarik perhatian
  • Disesuaikan untuk kanak-kanak – ringkas, mudah faham & bermakna

Siri Al-Ghazali Muda: Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan karya Imam al-Ghazali mengandungi 12 tajuk:

Peniaga yang Jujur • Lelaki Ahli Syurga • Akibat Dengki • Perniagaan yang Menyusahkan • Penjaga Dusun Kurma • Cawan Bertatah Permata • Pelita yang Padam • Pengemis Kaya • Pokok Patung • Ismail dan Kesedihannya • Raja dan Malaikat Maut • Raja yang Telah Pekak

"Wahai sahabatku, aku seorang penguasa waktu aku pergi mendapatkan minyak tanah. Saat aku kembali ke sini setelah mendapatkan minyak tanah, aku masih lagi seorang penguasa. Tiada apa-apa perbezaan dan tiada apa-apa yang kurang."

Pelita yang Padam mengisahkan seorang penguasa yang menunjukkan teladan melalui sikap rendah hati dan tidak menjadikan kedudukannya sebagai alasan untuk berbangga diri. Melalui kisah penuh pengajaran ini, pembaca diajak memahami bahawa kemuliaan sebenar terletak pada akhlak, keikhlasan dan sifat tawaduk.

Mojgan Sheikhi ialah seorang penulis, wartawan dan penterjemah terkenal dari Iran yang banyak menghasilkan karya dalam bidang sastera kanak-kanak dan remaja. Beliau mula aktif dalam dunia penulisan sekitar tahun 1984 dan telah menghasilkan pelbagai karya termasuk cerita kanak-kanak, biografi tokoh, sejarah serta adaptasi cerita rakyat.

Karya-karya Mojgan Sheikhi terkenal dengan unsur pendidikan, nilai moral dan penyampaian cerita yang kreatif. Sebahagian karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa antarabangsa serta menerima pengiktirafan dalam bidang kesusasteraan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Pokok Patung, yang membawa mesej berkaitan nilai kemanusiaan dan pembelajaran kepada pembaca muda.

Judul asal
Cheraghi Keh Khamush
Penulis
Mojgan Sheikhi
Penterjemah
Sharifah Asruha
Tahun terbit
2025
Halaman
16 mukasurat
ISBN
9789670037868
Ukuran
21.5 x 21.5 cm (Kulit Lembut)
Berat
0.03 kg