• Cetera Falsafah Mokap A
  • Cetera Falsafah Mokap B
  • Cetera Falsafah Mokap C
  • Cetera Falsafah Mokap D
1

IBDE Cetera Falsafah - Bryan Magee (Falsafah) [Kulit Keras]

Regular price
RM 99.00
Sale price
RM 99.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Buku pengenalan bergambar yang paling lengkap dan komprehensif untuk memahami sejarah falsafah Barat. Merentasi lebih daripada 2,500 tahun pemikiran falsafah, dari zaman Yunani Kuno hingga ke pemikir terbesar abad ini. Rangsang Sari Sepanjang riwayat hidup manusia, falsafah telah mempengaruhi pelbagai cabang ilmu lain seperti sains, matematik, politik dan agama. Tetapi, apa itu falsafah? Siapakah Socrates, Plato dan Aristotle dari Yunani purba yang menjadi tokoh-tokoh utama perkembangan falsafah dunia? Cetera Falsafah cuba menyingkap perkembangan sisi gelap pemikiran manusia menuju puncak cahaya pengetahuan. Dalam buku yang bergambar dan penuh warna ini, diceterakan sejarah falsafah sejak kelahirannya di Yunani sehingga perkembangan terkini merangkumi abad keemasan falsafah Jerman, Inggeris dan Perancis. Daripada Thales sehingga Karl Popper, buku ini mengajak kita menelusuri kebijaksanaan fikiran umat manusia sekaligus menekankan peri penting falsafah dalam kehidupan seharian. Tentang Pengarang Bryan Magee dilahirkan pada tahun 1930 di Hoxton, London. Pendidikan tingginya termasuklah di Keble College, Oxford. Selain menjadi ahli falsafah, beliau juga adalah pengarang dan pengacara terkenal British. Ketika menjadi siarawan di British Broadcasting Company (BBC), siri televisyennya telah berjaya mempopularkan pembicaraan falsafah kepada khalayak ramai. Maklumat buku Judul asal: The Story of Philosophy Penulis: Bryan Magee Penterjemah: Khairul Anam Tahun terbit: 2024 Halaman: 400 mukasurat ISBN: 9789670037356 Ukuran: 23 cm x 15 cm Berat: 0.9 kg ( kulit keras )