• Detik-detik Akhir Empayar Utsmaniah Mokap A
  • Detik-detik Akhir Empayar Utsmaniah Mokap B
  • Detik-detik Akhir Empayar Utsmaniah Mokap C
  • Detik-detik Akhir Empayar Utsmaniah Mokap D
1

IBDE Detik-Detik Akhir Empayar Utsmaniah - M. Sukru Hanioglu (Sejarah) [Kulit Keras]

Regular price
RM 70.00
Sale price
RM 70.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Bagaimana sebuah empayar Islam yang bertahan lebih 600 tahun akhirnya runtuh? Melalui kajian mendalam M. Şükrü Hanioğlu, buku ini menelusuri kebangkitan, kemerosotan dan kejatuhan Khilafah Utsmaniah, sekali gus membongkar faktor-faktor yang mengubah perjalanan sejarah dunia Islam. Rangsang Sari Pada November 1922, banyak pihak tergamam apabila khilafah tertua Islam secara rasminya runtuh. Apakah punca-puncanya? Bagaimana ia rebah? Melalui kajian yang amat teliti, M. Şükrü Hanioğlu memperincikan gambaran Empayar Utsmaniah pada zaman geloranya dari tahun 1789 hingga 1918. Pembaca akan dibawa mengenali kekuatan, kelemahan dan ketahanan sebuah empayar yang berada di ambang kejatuhan sebelum menemui makna tersembunyi daripada puing-puing runtuhan sejarahnya. Tentang Pengarang M. Sukru Hanioglu lahir pada tahun 1955. Dia telah meraih Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sejarah dengan menghasilkan tesis mengkaji peranan Dr. Abdullah Cevdet, seorang tokoh ketika zaman kejatuhan Utsmaniah. Kini, dia bertugas sebagai profesor di Jabatan Pengajian Timur Dekat di Universiti Princeton. M. Şükrü Hanioğlu telah mengarang beberapa buah buku tentang zaman penghujung Utsmaniah seperti Preparation for a Revolution dan The Young Turks in Opposition. Dia dianggap sebagai sejarawan terkemuka Turki dalam pengkhususan berkenaan zaman penghujung Khilafah Utsmaniah. Maklumat Buku Judul asal: A Brief History of the Late Ottoman Empire Penulis: M. Sukru Hanioglu Penterjemah: Puspawati Rosman Tahun terbit: 2023 Halaman: 336 mukasurat ISBN: 9789670037493 Ukuran: 23 cm x 15 cm (Kulit Keras) Berat: 0.60 kg