• Diari Seorang Gadis A
  • Diari Seorang Gadis B
  • Diari Seorang Gadis C
  • Diari Seorang Gadis D
1

IBDE Diari Seorang Gadis - Anne Frank (Biografi) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Di sebalik perang yang meragut jutaan nyawa, tersimpan suara seorang gadis yang mengajar dunia tentang harapan. Diari Anne Frank menghimpunkan catatan sebenar seorang remaja Yahudi yang hidup dalam persembunyian ketika Perang Dunia Kedua, menjadi saksi kepada kekejaman Holocaust serta lambang keberanian, harapan dan kemanusiaan yang terus menginspirasi dunia. Rangsang Sari Hitler dan Parti Nazi mengganas ketika Perang Dunia Kedua. Mangsa perang tanpa mengira usia dan jantina diseksa serta dibunuh secara kejam. Golongan yang hidup dibiarkan menderita sementara ramai orang dikerah bekerja sampai mati. Di tengah-tengah getir begini keluarga Anne Frank melarikan diri kira-kira sebulan selepas hari jadinya yang ke-13. Dalam persembunyian, Anne menulis diari yang kini telah dibaca jutaan orang di seluruh dunia dalam kira-kira 70 bahasa. Buat pertama kali diari terkenal ini diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu. Tentang Pengarang Anne Frank (1929–1945) ialah seorang gadis Yahudi kelahiran Frankfurt, Jerman, yang terkenal menerusi diarinya, The Diary of a Young Girl. Ketika Perang Dunia Kedua, beliau bersama keluarganya bersembunyi di Amsterdam bagi mengelakkan penindasan Nazi. Catatan hariannya kemudian menjadi antara karya paling berpengaruh di dunia, melambangkan harapan, keberanian dan kemanusiaan. Hak cipta serta legasi Anne Frank kini dipelihara oleh Anne Frank Fonds, yayasan yang diasaskan oleh bapanya, Otto Frank, pada tahun 1963. Maklumat Buku Judul asal: The Diary of A Young Girl Penulis: Anne Frank Penterjemah: Puspawati Rosman Tahun terbit: 2022 Halaman: 264 mukasurat ISBN: 9789670037004 Ukuran: 23 cm x 15 cm Berat: 0.40kg (Kulit Lembut)