• Gelagat Mokap A
  • Gelagat Mokap B
  • Gelagat Mokap C
  • Gelagat Mokap D-01
1

IBDE Gelagat & Ragam Orang Melayu - Frank Swettenham (Sejarah) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Bagaimana orang Melayu dinilai oleh seorang pegawai British pada zaman penjajahan? Gelagat dan Ragam Orang Melayu menghimpunkan pemerhatian Frank Swettenham tentang masyarakat Melayu, daripada adat dan budaya hingga sikap serta kehidupan harian, sekali gus membuka ruang untuk pembaca menilai sendiri naratif kolonial yang pernah membentuk sejarah. Rangsang Sari Dalam catatan sejarah, Frank Swettenham antara watak penting ketika Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Dua dekad berlalu, setelah menyandang beberapa jawatan dan kelana di Tanah Melayu antara P. Pinang, Perak dan Selangor, dua penjajah ini menukilkan cerita-ceritanya dalam sebuah buku yang terbit nun di London. Latah, liat bayar hutang, darjat keturunan, setia cinta dan di sisi lain amuk, perkelahian dan pembalasan dendam—sebeginikah lakaran suasana Tanah Melayu dari mata orang putih? Semua orang yang sama-sama memijak bumi bertuah Semenanjung Emas ini berhak mengetahui bagaimana penjajah membicarakan manusia yang didakwanya terlempar jauh dari “peradaban” dan “ketamadunan.” Tentang Pengarang Sir Franke Athelstane Swettenham merupakan Penasihat British yang ditempatkan di Selangor pada 1882 seterusnya bertugas di Perak sepanjang 1889-1896. Selanjutnya, dia menandang jawatan Residen Jeneral pertama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) sepanjang 1896-1901. Dalam hal kelimuwan, dia merupakan penyusun A Dictionary of the Malay Language bersama Hugh Clifford. Kamus tersebut diterbitkan secara beransur–ansur dari tahun 1894 ke 1902 kemudian tergendala setakat abjad G kerana bertindan dengan penerbitan kamus A Malay English Dictionary (1901) selenggaraan R. J. Wilkinson (diterbitkan semula oleh Akademi Jawi pada 2017). Dia juga mengarang empat buah buku: Malay Sketches (1895), Unaddressed Letters (1898), Also & Perhaps (1912) dan Arabella in Africa (1925) yang diiringi lakaran pelukis juga seniman terkenal Rex Whistler. Sewaktu penubuhan Malayan Union diusulkan, Swettenham merupakan salah seorang pegawai Kerajaan British yang menentang. Beberapa tempat dan jalan di Malaysia dan Singapura dinamakan bersempena namanya termasuklah Sweetenham Pier di Georgetown, Pulau Pinang dan Swettenham Road di Singapura. Sebelum tahun 1972, Pelabuhan Klang di Selangor dikenalii sebagai Port Sweetenham. Maklumat buku Judul asal: Malay Sketches Penulis: Frank Swettenham Penterjemah: Ahmad Zamani Ishak & Norziati Rosman Tahun terbit: 2023 Halaman: 207 mukasurat ISBN: 9789670037172 Ukuran: 23 cm x 15 cm (Kulit Lembut) Berat: 0.50 kg