• Himpunan Doa Harian A
  • Himpunan Doa Harian B
  • Himpunan Doa Harian D
1

IBDE Himpunan Doa Harian - Imam Al-Ghazali (Agama) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Doa Pilihan Imam al-Ghazali

HIMPUNAN DOA HARIAN

Setiap hari kita berdepan cabaran, daripada yang kecil hingga yang berat. Doa menjadi tempat seorang mukmin berpaut ketika hati terasa kosong dan memerlukan ketenangan.

Himpunan Doa Harian menghimpunkan 37 doa pilihan Imam al-Ghazali yang mudah, padat dan penuh makna. Dengan susunan dwibahasa, buku ini memudahkan sesiapa sahaja untuk mengamalkannya sebagai teman rohani dari pagi hingga malam, menenangkan jiwa serta mendekatkan diri kepada Allah.

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonan kalian.”

— Surah Ghafir, ayat 60

Suka dan duka di dunia hanyalah sementara. Sebagai orang beriman, kita perlu mengangkat doa sebagai perisai dan senjata dalam menjalani kehidupan. Himpunan Doa Harian menghimpunkan doa-doa pilihan yang disusun mengikut keperluan harian dan diambil daripada kitab Ihya’ Ulumuddin, karya agung ilmuwan terkemuka Imam al-Ghazali.

Naskhah ini menampilkan doa-doa mustajab yang sesuai diamalkan pada masa dan keadaan tertentu. Doa-doa tersebut disertakan dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Arab, Melayu dan Inggeris, bagi memudahkan pembaca memahami serta menghayati maknanya.

Nama penuh Imam al-Ghazali ialah Abū Ḥāmid Muḥammad bin Muḥammad bin Muḥammad al-Ghazālī aṭ-Ṭūsī. Beliau dilahirkan pada tahun 450H/1058M di Tus, salah sebuah wilayah di Parsi yang kini menjadi sebahagian daripada negara Iran. Antara guru beliau ialah Abū al-Maʿālī al-Juwaynī, yang lebih dikenali sebagai Imam al-Ḥaramain, serta Naṣr bin Ibrāhīm al-Maqdisī.

Imam al-Ghazali wafat di Tus pada tahun 505H/1111M. Beliau terkenal melalui karya-karya yang terus relevan hingga hari ini dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu. Antara karya beliau yang diterbitkan oleh IBDE ialah Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn, al-Munqidh min aḍ-Ḍalāl, al-Iqtiṣād fī al-Iʿtiqād, Iljām al-ʿAwām ʿan ʿIlm al-Kalām, Fayṣal at-Tafriqah dan Kīmiyā-e Saʿādet.

Judul asal
Himpunan Doa Harian
Penulis
Imam al-Ghazali
Penterjemah
Mohamad Hilmi Marjunit
Tahun terbit
2025
Halaman
112 mukasurat
ISBN
9789670037769
Ukuran
12.5 x 20 cm (Kulit Lembut)
Berat
0.05 kg