• Ihya Jilid 12_Mokap A
  • Ihya Jilid 12_Mokap B
  • Ihya Jilid 12_Mokap C
  • Ihya Jilid 12_Mokap D
1

IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 12 Kitab Kemudaratan Dua Syahwat dan Kemudaratan Lisan - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Penyakit hati dalam Suku Muhlikat daripada Ihya’ Ulumuddin mula dikupas secara terperinci dalam jilid ini yang menggabungkan Kitab Kemudaratan Dua Syahwat dan Kemudaratan Lisan. Kitab pertama menghuraikan perihal syahwat perut yang menjadi punca utama bagi segenap penyakit hati, lalu diikuti pula syahwat alat kelamin dan segala macam jalan untuk menundukkan kedua-duanya. Penyakit hati yang ketiga terpenting ialah penyakit lisan lantaran peranannya yang sangat besar dalam mengiyakan atau menidakkan setiap perkara, misalnya dua kalimah syahadah yang boleh membezakan keimanan dan kekufuran.

TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN

Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.

Tentang Pengarang

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.

Maklumat Buku

Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn

Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī

Penterjemah: Syawal Ismail

Penyunting: Faten Nawwarah

Tahun terbit: 2026

Halaman: xxxii + 286 mukasurat

ISBN: 9786297812229

Edisi: Kulit Keras

Ukuran: 15 x 23 cm

Berat: 0.26 kg