• Ihya Jilid 15_Mokap A
  • Ihya Jilid 15_Mokap B
  • Ihya Jilid 15_Mokap C
  • Ihya Jilid 15_Mokap D
1

IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 15 Kitab Celaan Terhadap Angkuh, Bangga Diri dan Tipu Daya - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Jilid ini menghimpunkan dua kitab daripada Suku Muhlikat iaitu Kitab Celaan Terhadap Angkuh dan Bangga Diri serta Kitab Celaan Terhadap Tipu Daya. Walaupun tahap tipu daya berbeza, asas rawatannya adalah sama, iaitu melalui akal, makrifah dan ilmu, manakala penawarnya ialah sikap merendah hati, mengakui kelemahan diri dan menyedari bahawa segala nikmat berasal daripada Allah SWT semata-mata. Dalam kitab kedua, Imam al-Ghazali menegaskan bahawa tipu daya lahir daripada kelalaian hati dan sering menimpa kebanyakan manusia, khususnya dalam kalangan ilmuwan, ahli ibadah, ahli sufi dan hartawan.

TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN

Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.

Tentang Pengarang

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.

Maklumat Buku

Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn

Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī

Penterjemah: Afiq Kamaruzaman

Penyunting: Faten Nawwarah

Tahun terbit: 2026

Halaman: xxxii + 296 mukasurat

ISBN: 9786297812212

Edisi: Kulit Keras

Ukuran: 15 x 23 cm

Berat: 0.26 kg