IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 18 Kitab Tauhid, Tawakal, Cinta, Rindu dan Reda - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
Tawakal merupakan buah daripada tauhid kerana kedua-duanya berpaksikan kepercayaan kepada Allah SWT. Semakin kuat tauhid seseorang, semakin kuatlah tawakalnya. Apabila seseorang salik melewati jalan tawakal, cintanya kepada Allah kian bertambah sehingga akhirnya mencambahkan pula maqam seterusnya, iaitu rindu, akrab dan reda kepada Allah SWT. Demikianlah peri penting Kitab Tauhid, Tawakal, Cinta, Rindu dan Reda daripada Suku Munjiyat dalam Ihya’ Ulumuddin.
TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn
Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Penterjemah: Bukhari Ahmad, Nuzul Haziq Mazlan
Penyunting: Faten Nawwarah, ‘Ainuddin Burhanuddin
Tahun terbit: 2026
Halaman: xxxii + 424 mukasurat
ISBN: 9786297812434
Edisi: Kulit Keras
Ukuran: 15 x 23 cm
Berat: 0.26 kg