IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 19 Kitab Niat, Ikhlas, Jujur, Waspada, Muhasabah dan Tafakur - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
Bagi setiap salik, niat adalah modalnya bagi setiap amalan dan ia amat bergantung pada keikhlasan dan kejujuran demi mengesahkan penerimaan setiap amalan yang baik. Waspada dan muhasabah ibarat bekalan buat sang salik agar perjalanannya menuju Ilahi sentiasa tekal. Akhir sekali, tafakur menjadi wadah bagi sang salik untuk menambahkan ilmunya berkaitan Allah SWT lantaran alam ini bak buku yang menunjukkan sifat Allah SWT. Demikianlah isi penting Kitab Niat, Ikhalas, Jujur, Waspada, Muhasabah dan Tafakur daripada Suku Munjiyat dalam Ihya’ Ulumuddin.
TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn
Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Penterjemah: Rizky Febrian, Musfirah Mohamad, Muhammad Ukasyah
Penyunting: Nik Nur Madihah, Nor Farzana Md Fisal
Tahun terbit: 2026
Halaman: xxxii + 312 mukasurat
ISBN: 9786297812458
Edisi: Kulit Keras
Ukuran: 15 x 23 cm
Berat: 0.26 kg