IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 2 Kitab Asas Akidah - Imam Al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
Kitab Asas Akidah daripada Ihya' Ulum ad-Din (Menghidupkan Ilmu Agama) ini merupakan karya yang ringkas dan padat dalam mencrangkan iktikad penting yang wajib diyakini umat Islam. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazäli turut menjelaskan beberapa tingkatan akidah berdasarkan tahap pemahaman umat dan kaedah pengajarannya agar dapat dicerap dan terpasak kukuh di dada setiap orang Islam.Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit, Zahid M. Naser Penyunting: Badrul Aini Sha’ari Tahun terbit: 2023 Halaman: 183 mukasurat ISBN: 9789670037349 Edisi: Kulit Keras Ukuran: 15 x 23 cm Berat: 0.3 kg
×
×