• Kitab Kuning A
  • Kitab Kuning B-2
  • Kitab Kuning C
  • Kitab Kuning D
1

IBDE Kitab Kuning Pesantren dan Tarekat: Islam di Nusantara (Edisi Kemas Kini) - Martin van Bruinessen (Agama,Falsafah) [Kulit lembut]

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Buku yang membongkar bagaimana kitab kuning, pesantren dan jaringan ulama membentuk tradisi keilmuan Islam Nusantara selama berabad-abad. Buku ini menelusuri sejarah perkembangan kitab kuning, institusi pesantren, jaringan ulama Mekah–Nusantara serta peranan tarekat dalam membentuk pendidikan, masyarakat dan kehidupan beragama di rantau ini. Dengan kupasan yang tersusun dan berasaskan sejarah, naskhah ini membantu pembaca memahami mengapa tradisi tersebut terus kekal relevan hingga hari ini. Rangsang Sari Buku ini terhasil daripada kajian yang dilakukan secara mendalam dan dalam tempoh yang panjang berdasarkan penyelidikan di lapangan dan melibatkan ratusan sumber rujukan dari abad ke-16 hingga yang terkini. Menerusi buku ini, pengarang menjejaki pengaruh para ulama Kurdi terhadap perkembangan Islam di Nusantara, kitab kuning, tarekat dan ilmu tasawuf. Pengarang membentangkan analisis terhadap pelbagai jenis kitab kuning yang digunakan di Nusantara selain juga turut memberikan gambaran menyeluruh tentang peranan pesantren (atau pondok), tarekat dan guru-guru tarekat dalam lapangan masyarakat dan politik khususnya di Indonesia dan umumnya di Nusantara. Menerusinya pembaca dapat memahami sebahagian penting sejarah Islam tradisional sebagai aliran yang tertua dan paling berpengaruh di pelosok alam Nusantara ini. Tentang Pengarang Martin van Bruinessen adalah profesor kajian perbandingan tentang masyarakat Muslim kontemporari di Universiti Utrecth dan juga di International Institute for the Study of Islam in the Modern World (ISIM). Selepas melakukan kajian pada tahun 1970-an tentang peranan tarekat dalam gerakan nasionalisme Kurdi, bermula tahun 80-an hingga 90-an, Martin menjalankan penyelidikan di Indonesia dan telah menerbitkan pelbagai tulisan ilmiah tentang Islam, lembaga pendidikan, tarekat dan politik di negara itu. Sebahagian hasil kajiannya di Indonesia dikumpulkan dalam buku ini. Antara buku lain yang pernah dihasilkannya ialah Sufism and the ‘Modern’ (disusun bersama Julia Howell), The Madrasa in Asia (bersama Farish A. Noor dan Yoginder Sikand), Islam and Modernity (bersama M. Khalid Masud dan Armando Salvatore), dan Producing Islamic Knowledge in Western Europe (bersama Stefano Allievi). Maklumat buku Judul asal: Purification of the Heart: Sign, Symptoms and Cures of the Spiritual Diseases of the Heart (2012) Penulis: Martin van Bruinessen Penterjemah: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi Tahun terbit: 2024 Halaman: 456 mukakasurat ISBN: 9789670037431 Ukuran: 23 cm x 15 cm Berat: 0.7 kg ( Kulit lembut )