IBDE Melakar Riwayat Baru Hubungan Islam & Barat - Ahmad Paul Keeler (Falsafah) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Benarkah Islam dan Barat ditakdirkan untuk terus bertembung, atau sejarah yang membentuk jurang itu?
Melakar Riwayat Baru Hubungan Islam & Barat mengupas sejarah hubungan dua peradaban yang saling mempengaruhi selama lebih 1,400 tahun, sekali gus mengajak pembaca memahami punca pertembungan, kerjasama dan cabaran dunia moden dari sudut pandang yang lebih seimbang.
Rangsang Sari
Islam dan Barat hidup berjiran selama 1,400 tahun. Barat berkembang di bawah bayangan Islam, dan selepas zaman Renaissance, ia menjadi penakluk dunia lalu memalapkan semua kebudayaan dan peradaban lain—termasuklah Islam. Perubahan ini menjadi titik mula kepada dunia moden, sebuah dunia yang wajahnya tidak kita kenali sebelum ini.
Kemanusiaan sedang berhadapan pelbagai jenis kemelut yang mengancam keberadaannya. Manusia diselubungi pelbagai masalah seperti pertambahan mendadak penduduk dunia, kestabilan kewangan, sosial dan politik, peningkatan masalah kesihatan mental yang membimbangkan, ancaman nuklear dan perubahan iklim. Pada masa yang sama, pemisahan antara Islam dan Barat juga semakin parah.
Dalam buku ini, kita diundang untuk memerhatikan kemelut serta hubungan yang bersimpang-siur antara Islam dan Barat menerusi kaca mata berbeza.
Tentang Pengarang
Ahmed Paul Keeler lahir pada tahun 1942 dan dibesarkandalam keluarga Inggeris Katolik kelas pertengahan yang konservatif. Pada usia belia, beliau terlibat dalam pergerakan kebudayaan dan terdedah kepada pelbagai dunia kebudayaan baharu.
Beliau menganjurkan Festival The World of Islam di London pada 1976, pameran terbesar tentang kebudayaan Islam di Barat ketika itu. Enam bulan sebelum festival itu dibuka, beliau memeluk agama Islam.
Ahmed Paul Keeler menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Undang-undang daripada University of Bolton pada 2016 dan kini merupakan Felo Pelawat di Centre of Islamic Studies, University of Cambridge. Beliau pernah menjadi Felo Kehormat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2016.
Maklumat Buku
Judul asal: Rethinking of Islam
Penulis: Ahmad Paul Keeler
Penterjemah: Siti Malini Mat
Tahun terbit: 2023
Halaman: 184 mukasurat
ISBN: 9789670037271
Ukuran: 23 cm x 15 cm
Berat: 0.45kg (Kulit Lembut)
×
×