IBDE Misteri Mayat Gadis Desa & Gila-gila Kehidupan di Pedalaman Mesir - Taqwfiq al-Hakim (Novel) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
MISTERI MAYAT GADIS DESA
Yaumiyyat Na'ib fi al-Aryaf / Diary of a Country Prosecutor
"Satu mayat ditemui, tapi birokrasi lebih sibuk menguruskan kertas kerja daripada mencari pembunuh."
Misteri Mayat Gadis Desa sebuah komedi gelap yang mendedahkan jurang antara undang-undang moden dengan realiti masyarakat desa melalui sebuah kes kematian yang tidak berkesudahan.
Seorang pendakwa raya muda yang penuh cita-cita telah diutus dari hiruk-pikuk kota ke sebuah desa terpencil Mesir bagi menyiasat jenayah yang berat. Berbekalkan pendidikan perundangan dari benua Eropah, pemuda ini yakin bahawa keadilan dapat ditegakkan di ceruk pedalaman ini. Namun, segalanya sia-sia. Semakin jauh mengejar kebenaran, semakin jelas kepadanya: keadilan tidak semudah yang disangkakan. Sindiran lucu dalam novel sasterawan besar Mesir ini masih menyinggung kita sehingga kini.
Tawfiq al-Hakim (1898–1987) sering digelar sebagai Bapa Teater Arab Moden. Selepas menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Kaherah, beliau melanjutkan pelajaran ke Paris pada awal 1920-an. Sekembalinya ke Mesir, beliau berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya di kawasan pedalaman dan memberi ilham kepadanya untuk menulis novel yang terkenal Yaumiyyat Na'ib fi al-Aryaf (Diary of a Country Prosecutor) (1937).
- Judul asal
- Yaumiyyat Na'ib fi al-Aryaf (1937)
- Penulis
- Tawfiq al-Hakim
- Penterjemah
- Nuzul Haziq
- Tahun terbit
- 2026
- Halaman
- 200 mukasurat
- ISBN
- 9786297812106
- Ukuran
- 12.7 x 19.6 cm (Kulit Keras)
- Berat
- 0.5 kg