IBDE Musim Hijrah ke Utara - Tayyib Saleh (Sastera) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 46.00
- Sale price
- RM 46.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Sejauh mana seseorang mampu melarikan diri daripada masa lalu?
Musim Hijrah ke Utara membawa pembaca menyelami kisah identiti, cinta dan luka tersembunyi melalui pertemuan dua lelaki dengan latar kehidupan yang berbeza, dalam sebuah karya agung sastera Arab yang mengangkat pertembungan antara Timur dan Barat.
Rangsang Sari
Untuk apa ijazah kedoktoran kajian tentang puisi di tengah-tengah masyarakat pertanian? Berlatar sedemikian, watak utama yang baru pulang dari luar negara dipulaukan keterasingan sehinggalah dia bertemu Mustafa Said. Siapakah pula Mustafa Said yang sanggup menelanjangkan kisah diri di hadapan seorang pemuda yang baru dikenali? Musim Hijrah ke Utara membawa pembaca bertemu suasana Sudan dengan segala macam watak, adat warisan aneh dan keghairahan cinta yang menghantui.
Kau membuat aku teringat teman baikku ketika di London, Dr Mustafa Said. Dulu dia adalah guruku. Pada tahun 1928 dia jadi Presiden Persatuan untuk Perjuangan Kemerdekaan Afrika dan aku jadi salah seorang ahli jawatankuasa. Lelaki ini orang hebat! Dia antara orang Afrika terhebat yang pernah aku temui. Lelaki yang mempunyai jaringan kenalan yang luas. Hebat orangnya, para wanita menghurung macam lalat. Dia biasa kata: "Aku akan membebaskan Afrika dengan zakarku".
Tentang Pengarang
Tayyib Saleh lahir di Sudan pada 1929. Pernah berkhidmat sebagai duta luar, wartawan di Badan Penyiaran British (BBC) bahasa Arab malah juga anggota kerja UNESCO. Novel Musim Hijrah ke Utara dianggap karya penting dalam kesusasteraan Arab dan Afrika. Dia meninggal dunia pada tahun 2009.
Maklumat Buku
Judul asal: Mawsim Hijrah ila al-Shamail
Penulis: Tayyib Saleh
Penterjemah: Zahid M. Naser
Tahun terbit: 2022
Halaman: 198 mukasurat
ISBN: 9789672690801
Ukuran: 20 cm x 12 cm
Berat: 0.25kg (Kulit Lembut)
×
×