• Nekad A
  • Nekad B
  • Nekad C
  • Nekad D
1

IBDE Nekad: Potret Kehidupan Dato’ Sir Onn Bin Jaafar - Pamela Ong Siew (Biografi) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Membaca sejarah Dato' Onn bererti membaca sebahagian sejarah pembentukan negara ini. Bapa nasionalisme Melayu ini berjaya menggembleng kekuatan rakyat Tanah Melayu untuk melawan penjajah, seterusnya membuka jalan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Pernah berseteru dengan Sultan, dibuang negeri dan menyara hidup sebagai kuli, turun naik dan cabaran yang dihadapi Dato' Onn jelas menunjukkan nekad dan kekuatan semangatnya dalam perjuangan.

Tentang Pengarang

Pamela Ong Siew Im ialah seorang peguam kelahiran Pulau Pinang yang turut dikenali sebagai penulis biografi sejarah Malaysia. Karya sulungnya, Blood and the Soil, merupakan biografi bapanya, Dr. Ong Chong Keng. Beliau kemudiannya menghasilkan One Man's Will: A Portrait of Dato' Sir Onn bin Ja'afar (1998), sebuah biografi yang lahir daripada penyelidikan mendalam terhadap dokumen arkib, surat-menyurat dan sumber sejarah berkaitan Dato' Onn Ja'afar. Karya ini dianggap antara biografi paling lengkap mengenai tokoh pengasas UMNO tersebut dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul Nekad: Potret Kehidupan Dato' Sir Onn bin Ja'afar.

Maklumat Buku

Judul asal: One Man’s Will: A Potrait of Dato Sir Onn bin Ja'afar Penulis: Pamela Ong Siew Im Penterjemah: Puspawati Rosman Penyunting: Norziati Rosman ISBN: 9789670037066 Tahun terbit: 2023 Halaman: 280 mukasurat Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Lembut) Berat: 0.4 kg