IBDE Pemburu Pantai Timur: Penjelajahan ke Terengganu dan Kelantan, 1895 - Hugh Clifford (Sejarah) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
PEMBURU PANTAI TIMUR: PENJELAJAHAN KE TERENGGANU DAN KELANTAN
Apa yang sebenarnya berlaku di Pantai Timur ketika British mula menyusup masuk ke Tanah Melayu?
Pemburu Pantai Timur merupakan catatan penjelajahan Hugh Clifford pada tahun 1895 yang merakam pertembungan kuasa, budaya dan politik antara British dengan masyarakat Melayu di Terengganu dan Kelantan.
Pemburu Pantai Timur: Penjelajahan ke Terengganu dan Kelantan, 1895 merupakan sebuah catatan yang ditulis oleh Hugh Clifford ketika beliau bertugas sebagai Pemangku Residen British bagi negeri Pahang. Penjelajahan sepanjang tahun 1895 itu merentasi negeri Terengganu dan Kelantan yang ketika itu masih berada di bawah pengaruh Siam.
Buku ini mengadunkan laporan rasmi dengan pemerhatian tentang alam, masyarakat Melayu, politik istana serta ketegangan antara kuasa tempatan dengan campur tangan penjajah.
Melalui perjalanan penuh ranjau, rundingan dengan para pembesar serta usaha menumpaskan para pejuang Melayu seperti Mat Kilau dan Dato’ Bahaman, Hugh Clifford merakamkan bagaimana alat penjajahan British perlahan-lahan menyusup ke dalam dunia politik dan budaya orang Melayu, sambil menyingkap konflik, salah faham serta pertembungan nilai antara Timur dengan Barat.
Hugh Charles Clifford (1866–1941) ialah seorang pegawai penjajah British, pentadbir Malaya dan penulis yang berpengaruh, khususnya dalam penulisan etnografi dan sastera berasaskan pengalaman kolonialnya di Alam Melayu. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Melayu pada usia muda dan berkhidmat di beberapa negeri, termasuk Pahang, Perak dan Selangor, sebelum dilantik sebagai Residen Pahang dan kemudiannya Residen Negeri Sembilan, serta akhirnya menyandang jawatan Gabenor Negeri-negeri Selat. Clifford dikenali sebagai pentadbir yang mendalami bahasa, adat dan struktur masyarakat Melayu, dan minat tersebut jelas tercermin dalam laporan serta karya penulisannya.
- Judul asal
- Report by Hugh Clifford: Expedition to Trengganu and Kelantan (1938)
- Penulis
- Hugh Clifford
- Penterjemah
- Izzuddin Ramli
- Tahun terbit
- 2026
- Halaman
- 176 mukasurat
- ISBN
- 9786297812175
- Ukuran
- 15 x 23 cm (Kulit Keras)
- Berat
- 0.5 kg