IBDE Penaklukan Andalusia - Jurji Zaidan (Sastera) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Sebelum Andalusia menjadi gemilang, ia terlebih dahulu dibasahi darah dan pengkhianatan.
Penaklukan Andalusia mengangkat kisah penaklukan yang mengubah sejarah dunia melalui gabungan percintaan, konflik politik dan peperangan dalam sebuah novel sejarah epik karya Jurji Zaidan.
Rangsang Sari
Menjelang detik-detik terawal penaklukan Andalusia oleh tentera Islam, kerajaan Kristian yang mentadbir ketika itu dilanda pelbagai kemelut. Di sebalik cetera asmara antara seorang putera raja yang tersingkir dengan seorang gadis cantik, Penaklukan Andalusia mengheret pembaca ke sebuah dunia yang penuh tipu daya, helah perang, kebijakan dalam membuat keputusan dan sudah pasti, kehebatan para pejuang yang mendambakan kemenangan. Novel karya Jurji Zaidan ini adalah sebuah penceritaan yang penuh semangat tentang salah satu zaman penting dalam sejarah dunia.
Tentang Pengarang
Jurji Zaidan merupakan seorang pengarang yang prolifik dan salah seorang pemimpin al-Nahdah (Pencerahan Arab) pada awal kurun ke-20. Dia menulis sebanyak 20 buah novel sejarah yang sangat menarik dan penuh pengajaran. Kesemua novel tersebut sentiasa dicetak dan diterbitkan semula di dunia Arab. Sejak novel-novel itu diterbitkan, sebanyak seratus jenis terjemahan telah dihasilkan dalam sembilan bahasa. Terjemahan novel ini merupakan terjemahan pertama ke dalam bahasa Melayu.
Judul asal: Fath al-Andalus
Penulis: Jurji Zaidan
Penterjemah: Abdul Jabbar Md. Salleh
Tahun terbit: 2023
Halaman: 480 mukasurat
ISBN: 9789670037448
Ukuran: 20 cm x 12 cm
Berat: 0.60 kg (Kulit Keras)
×
×