• Perang Dunia Pertama KL_Mokap A
  • Perang Dunia Pertama KL_Mokap B
  • Perang Dunia Pertama KL_Mokap C
  • Perang Dunia Pertama KL_Mokap D
1

IBDE Perang Dunia Pertama: Sejarah Bergambar - A.J.P. Taylor (Sejarah) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Sejarah Perang Dunia

PERANG DUNIA PERTAMA: SEJARAH BERGAMBAR

“Perang terbesar dunia bermula dengan satu pembunuhan.”

Daripada pembunuhan Franz Ferdinand hingga Perjanjian Versailles, Perang Dunia Pertama: Sejarah Bergambar membawa pembaca menelusuri konflik yang membentuk dunia moden.

“Perang Dunia Pertama (1914–18) mengorbankan nyawa kira-kira 9–15 juta manusia.”

Perang Dunia Pertama (1914–18) mengorbankan nyawa kira-kira 9–15 juta manusia. Tiada perang lain dalam sejarah dunia yang lebih banyak menelan korban berbanding Perang Dunia Pertama. Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo memulakan segalanya, Kuasa Tengah dan Kuasa Berikat menjadi pemain utamanya, Eropah menjadi gelanggang pertempurannya, manakala Perjanjian Versailles memuktamadkannya.

Banyak siri pertempuran dan rundingan berlaku, dan segalanya diriwayatkan secara terperinci oleh A.J.P. Taylor, sejarawan termasyhur abad ke-20. Seperti mendengar ceramah yang bersahaja, lengkap dengan selitan analisis dan jenaka, buku ini mencatatkan muslihat, ketamakan serta kegilaan manusia dalam perang yang menjadi parut besar dunia.

A.J.P. Taylor ialah sejarawan Britain yang sangat masyhur dan berwibawa. Beliau menulis sejumlah karya ilmiah penting berkenaan sejarah Britain serta perhubungan negara, dan kebanyakan bukunya terjual laris. Beliau sangat diminati ramai kerana syarahan-syarahannya yang bersahaja di kaca televisyen.

Alan John Percivale Taylor dilahirkan di Lancashire pada tahun 1906. Beliau mendapat pendidikan di Bootham School, York, sebelum meraih biasiswa untuk menyambung pengajian Sejarah di Oriel College, Oxford dan seterusnya menggenggam ijazah kelas pertama. Kemudian, beliau menjadi pensyarah Sejarah Moden di Universiti Manchester dari 1930 hingga 1938 dan selepas itu menjadi Felo di Kolej Magdalen, Oxford sehingga tahun 1976.

Seterusnya, beliau diangkat sebagai Felo Kehormat Magdalen dan dikurniakan gelaran doktor kehormat daripada beberapa buah universiti, antaranya Universiti Bristol, Universiti Warwick dan Universiti Manchester. Antara karya-karyanya termasuk The Course of German History, The Last of Old Europe, How Wars Begin, How Wars End, The Trouble Makers, Beaverbrook: Essays in English History, Europe: Grandeur and Decline, From Napoleon to the Second International dan autobiografinya yang berjudul A Personal History.

A.J.P. Taylor meninggal dunia pada bulan September 1990. Dalam ucapan belasungkawanya, The Times memberi penghormatan kepadanya sebagai seorang sejarawan yang sangat terkenal, berpengaruh dan sering mengundang kontroversi dalam dunia berbahasa Inggeris. Beliau dikenali sebagai pengarang yang prolifik, wartawan berbakat serta personaliti televisyen yang berusaha mengubah pemahaman sejarah pada zamannya.

Judul asal
The First World War: An Illustrated History (1964)
Penulis
A.J.P. Taylor
Penterjemah
Abdullah Hussaini
Tahun terbit
2026
Halaman
312 mukasurat
ISBN
9786297812304
Ukuran
15 x 23 cm (Kulit Lembut)
Berat
0.7 kg