• Perisik dan Pembelot A
  • Perisik dan Pembelot B
  • Perisik dan Pembelot C
  • Perisik dan Pembelot D
1

IBDE Perisik dan Pembelot: Kisah Pengintipan Perang Dingin - Ben Macintyre (Sejarah) [Kulit Keras]

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Dalam dunia penuh tipu daya, penyamaran dan pengkhianatan, Perisik dan Pembelot mendedahkan kisah mendebarkan seorang perisik Soviet yang membelot kepada Barat. Oleg Gordievsky, watak utama cerita ini, merupakan wira tanpa wajah yang memburu maklumat-maklumat sulit dengan pelbagai cara. Peti surat mati, isyarat rahsia, kod rahsia dan peralatan perisikan serba canggih menjadi senjata lazim sang perisik. Nyawanya diperjudikan di antara dua kuasa, cuba menghentikan peperangan nuklear. Kisah yang digarap ini menghidupkan semula detik-detik cemas dalam sejarah Perang Dingin melalui penceritaan yang penuh ketegangan dan kejutan seperti dalam novel penyiasatan.

Tentang Pengarang

Ben Macintyre ialah seorang sejarawan, penulis, dan kolumnis terkenal dari Britain yang bertugas di akhbar The Times. Beliau dikenali di peringkat global sebagai pakar dalam penulisan sejarah bukan fiksi yang berfokuskan subjek perisikan dan ketenteraan. Macintyre telah menghasilkan banyak karya terlaris yang telah diadaptasi ke dalam bentuk filem dan drama televisyen, antaranya termasuk Agent Zigzag, Operation Mincemeat, A Spy Among Friends, dan SAS: Rogue Heroes. Melalui karya beliau, Perisik dan Pembelot (The Spy and the Traitor), beliau mendapat pujian meluas kerana berjaya mengolah fakta sejarah perisikan Perang Dingin menjadi sebuah naratif yang sangat mendebarkan dan penuh dengan drama kemanusiaan.

Maklumat Buku

Judul asal: The Spy and the Traitor: The Greatest Espionage Story of the Cold War (2018) Penulis: Ben Macintyre Penterjemah: Abdullah Hussaini & Razan Rose Tahun terbit: 2025 Halaman: 448 mukasurat ISBN: 9789670037974 Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Keras) Berat: 0.8 kg