• Renungan Metafizik A
  • Renungan Metafizik B
  • Renungan Metafizik C
  • Renungan Metafizik D
1

IBDE Renungan Metafizik - René Descartes (Falsafah) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Keraguan yang timbul terhadap kepercayaan yang digenggam erat selama ini menjadi teras utama gagasan yang dibentangkan oleh René Descartes. Pencariannya yang melibatkan pelbagai perbahasan utama falsafah misalnya metafizik, ontologi dan etika telah membuahkan beberapa kaedah untuk meyakini sesuatu perkara. Buku yang diterjemahkan daripada karya terkenalnya Meditationes de Prima Philosophia (1641) ini mengajak para pembaca berlikir dengan lebih kritis dan benar-benar jujur demi merungkai banyak persoalan penting yang sering dipandang enteng.

Tentang Pengarang

René Descartes (1596-1650) seorang ahli falsafah, ahli matematik dan ahli sains berbangsa Perancis yang disebut-sebut sebagai bapa falsafah moden dan salah seorang tokoh utama Revolusi Sains. Meditationes de Prima Philosophia atau Renungan Metafizik yang terbit pada tahun 1641 masih dipakai sebagai teks piawai di kebanyakan fakulti falsafah di universiti. Pengaruh Descartes juga amat jelas dalam bidang matematik dan beliau turut dikenali sebagai bapa geometri analitik. Pernyataan falsafahnya yang masyhur ialah "Cogito, ergo sum" (Saya berfikir, maka saya wujud). Antara karya falsafah yang terkenal dikarang oleh Descartes ialah Principia Philosophiae (Prinsip Falsafah) dan Discours de la Méthode (Wacana Tentang Kaedah).

Maklumat Buku

Judul asal: Meditationes de Prima Philosophia (1641) Penulis: René Descartes Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit Tahun terbit: 2024 Halaman: 118 halaman ISBN: 9789670037509 Ukuran: 12.7 x 19.6 cm (Kulit Lembut) Berat: 0.3 kg