IBDE Risalah Tentang Kelazatan yang Tercela - Fakhruddīn al-Rāzī (Falsafah) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
Keserakahan manusia akan kelazatan duniawi itu tiada bertepi. Darihal makan minum, harta benda, pasangan dan zuriat mahupun kuasa dan pangkat, manusia selaku makhluk tuhan tiada pernah berasa cukup akan nikmat yang dikecap di muka bumi ini. Indera, khayal dan akal sekadar terbelenggu oleh sedap yang sementara dan semu belaka. Fakhruddīn al-Rāzī mengarang tulisan singkat dan padat ini sebagai suatu panduan demi mengecap kelazatan yang mulia sekaligus nasihat tegas demi membentengi diri daripada kelazatan yang tercela.Tentang Pengarang
Fakhruddin al-Razi (544H/1149M–606H/1210M) ialah seorang ulama, ahli tafsir, ahli kalam dan ahli falsafah Islam terkemuka dari Rayy, Parsi (Iran). Digelar Imam al-Musyakkikin kerana ketajaman hujah dan pemikiran kritisnya, beliau menguasai pelbagai bidang ilmu seperti tafsir, usuluddin, falsafah, logik dan perubatan. Karya agungnya, Mafātīḥ al-Ghayb (Tafsir al-Kabir), menjadi antara kitab tafsir paling berpengaruh dalam tradisi Islam. Melalui karya seperti Risalah Zam Ladhdhat al-Dunya, beliau mengajak manusia menilai hakikat kehidupan dunia dan mengutamakan kebahagiaan yang kekal di akhirat.Maklumat Buku
Judul asal: Risālah Dzam Ladzāt al-Dunyā Penulis: Fakhruddīn al-Rāzī Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit Penyunting: Karim Mohd Tahun terbit: 2023 Halaman: 120 mukasurat ISBN: 9789670037202 Ukuran: 12.7 x 19.6 cm Berat: 0.26 kg
×
×