IBDE Seni Melihat - John Berger (Seni Budaya) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 46.00
- Sale price
- RM 46.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Apa yang datang lebih awal—melihat atau berkata-kata?
Seni Melihat mengajak pembaca menelusuri cara kita melihat, mentafsir dan memahami dunia, sekali gus membuka perspektif baharu tentang hubungan antara penglihatan, bahasa dan makna menerusi pemikiran John Berger.
Rangsang Sari
" Melihat hadir sebelum kata-kata"
Anak kecil memerhati dan mengenal sesuatu sebelum dapat melafazkan kata-kara. Namun begitu, ada sisi lain berkenaan keupayaan melihat mendahului kata-kata. Kita menerangkan dunia menerusi kata-kata, tetapi kata-kata tidak pernah dapat menjelaskan hakikat bahawa kita dikelilingi dunia. Kaitan antara perkara yang kita lihat dan perkara yang kita tahu tidak akan pernah selesai. Kita melihat matahari terbenam pada setiap senja. Kita tahu bumi berputar mengelilingi matahari. Tetapi pengetahuan dan penerangannya jarang sekali cocok dengan perkara yang dilihat.
Bagaimanakah kita melihat dunia sekeliling? Buku yang anda pegang ini adalah salah satu buku yang langsung merombak pegangan umum sekitar perbahasan seni. ?John Berger mencabar suatu silsilah panjang kesenian daripada catan Zaman Pembaharuan ke fotografi serta seni grafik zaman penciptaan kamera dan komputer. Gagasan yang dikemukakan John Berger meruntuhkan gagasan sedia ada dan menawarkan suatu cara baru kepada khalayak sama ada orang awam atau lingkungan seni perihal cara sebenar kita melihat serta pengaruhnya.
Tentang Pengarang
John Berger ialah kritikawan seni dan sejarah, pelukis, novelis dan penyair. Sebuah novelnya menang Hadiah Booker pada tahun 1972. Buku Ways of Seeing kerap dijadikan teks pelajar universiti. Dia meninggal dunia pada tahun 2017.
Maklumat Buku
Judul asal: Ways of Seeing
Penulis: John Berger
Penterjemah: Alina Abdullah
Tahun terbit: 2022
Halaman: 200 mukasurat
ISBN: 9789672690818
Ukuran: 20 cm x 12 cm
Berat: 0.22kg (Kulit Lembut)
×
×