IBDE Seni Percintaan - Erich Fromm (Psikologi) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
"Bagaimana jika cinta bukan sekadar perasaan, tetapi satu kemahiran yang perlu dipelajari?"
The Art of Loving mengajak pembaca memahami bahawa cinta sejati bukan lahir daripada kebergantungan atau emosi semata-mata, tetapi daripada kematangan diri, tanggungjawab dan keupayaan untuk memberi. Berteraskan psikologi dan falsafah, Erich Fromm menghuraikan cinta sebagai satu seni yang boleh dipupuk dan dipelajari.
Rangsang Sari
Adakah CINTA itu hanya suatu perasaan, atau satu SENI yang boleh dipelajari?
Dalam The Art of Loving, Erich Fromm membawa kita menyelami makna cinta yang sebenar—bukan sekadar keinginan atau ketergantungan perasaan, tetapi satu keupayaan manusia untuk memberi tanpa syarat.
Dengan pandangan mendalam berdasarkan ilmu psikologi dan falsafah, pengarang menjelaskan kepada kita bahawa untuk benar-benar mencintai, kita perlu memahami diri sendiri, membina hubungan yang sihat dan menghargai cinta sebagai satu bentuk pertumbuhan diri. Buku ini adalah bacaan wajib bagi sesiapa yang ingin memahami CINTA dengan lebih mendalam.
“Tanpa cinta, manusia tidak akan mampu bertahan walau hanya sehari.”
—Erich Fromm
Tentang Pengarang
Erich Fromm (1900–1980) ialah seorang ahli psikologi sosial, ahli psikoanalisis, ahli falsafah dan penulis kelahiran Frankfurt, Jerman. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Frankfurt, Universiti Heidelberg dan Institut Psikoanalisis Berlin. Selepas berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1934, beliau mengajar di beberapa institusi terkemuka sebelum menetap di Mexico, di mana beliau turut mengasaskan jabatan psikoanalisis di Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM).
Erich Fromm terkenal melalui penulisannya yang menggabungkan psikologi, falsafah dan sosiologi untuk mengupas sifat manusia, kebebasan, cinta dan masyarakat moden. Antara karya beliau yang paling berpengaruh ialah Escape from Freedom, The Art of Loving, To Have or To Be?, The Sane Society dan Man for Himself. Pemikiran beliau terus menjadi rujukan penting dalam bidang psikologi, kemanusiaan dan falsafah sosial hingga ke hari ini.
Maklumat Buku
Judul asal: The Art of Loving
Penulis: Erich Fromm
Penterjemah: Hairi Dahari
Tahun terbit: 2025
Halaman: 200 mukasurat
ISBN: 9789670037967
Ukuran: 20 x 12 cm (Kulit keras)
Berat: 0.40 kg
×
×