IBDE Tujuan Hidup Manusia - Murtada Mutahhari (Falsafah) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
"Kita sibuk mengejar kehidupan, tetapi pernahkah kita bertanya: untuk apa sebenarnya kita hidup?" Melalui kupasan falsafah dan pandangan Islam, Murtada Mutahhari mengupas persoalan paling asas dalam kehidupan manusia—tujuan penciptaan, makna kehidupan dan jalan menuju kebahagiaan sejati. Sebuah karya yang mengajak pembaca merenung kehidupan dengan perspektif yang lebih mendalam. Rangsang Sari Mengapa manusia dilahirkan? Apakah tujuan hidup seseorang manusia? Dalam buku ini, Murtada Mutahhari, seorang ilmuwan dan ahli falsafah Parsi, meneroka pelbagai pandangan tentang penciptaan dan membandingkannya dengan sudut pandang Islam. Karangan ini menjelaskan bagaimana kehidupan yang dipandu oleh tujuan yang jelas—bukan semata-mata mengejar kebendaan—akan membawa manusia kepada kesempurnaan rohaniah dan kebahagiaan sejati. Buku yang diterjemahkan daripada bahasa Parsi ini mengajak kita merenung bagaimana cara pandang Islam terhadap kehidupan boleh membentuk insan yang lebih baik dan masyarakat yang lebih harmoni.
Tentang Pengarang
Murtada Mutahhari (1920–1979) ialah seorang ulama, pemikir, cendekiawan dan penulis terkenal dari Iran. Beliau dilahirkan di Fariman, sebuah bandar kecil di wilayah Khorasan, Iran. Beliau mendapat kefahaman Islam yang kukuh dengan mempelajari ilmu teologi, fekah, mantik dan falsafah di Mashhad dan Qom, sebelum mula menyampaikan kuliah falsafahnya di Universiti Tehran pada usia 34 tahun. Hasil penulisannya merangkumi pelbagai topik, termasuk tafsir, falsafah Islam, akhlak, keadilan sosial dan peranan wanita dalam Islam. Karangannya sering mendapat perhatian para pemikir lain dan telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa. Antara karya terkenalnya ialah Adl-e Ilahi (Keadilan Ilahi) dan Insan-e Kamil (Manusia Sempurna). Mutahhari memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat tentang nilai-nilai Islam yang progresif dan sering berdialog dengan golongan intelektual dari pelbagai latar belakang.
Maklumat Buku
Judul asal: Hadaf-e Zendegi (هذف زندكى)
Pengarang: Murtada Mutahhari
Penterjemah: Sheikh al-Saggaf
Tahun terbit: 2025
Halaman: 102 mukasurat
ISBN: 9789670037776
Ukuran: 23 x 15cm (Kulit Lembut)
Berat: 0.4 kg