• Turki dari Sultan ke Ataturk KL A
  • Turki dari Sultan ke Ataturk KL B
  • Turki dari Sultan ke Ataturk KL D
1

IBDE Turki: Dari Sultan Hingga ke Ataturk (Edisi Kemas Kini) - Andrew Mango (Sejarah) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Buku yang membongkar bagaimana sebuah empayar berusia enam abad berubah menjadi sebuah republik moden dalam satu daripada transformasi politik paling besar dalam sejarah. Dari Sultan hingga Atatürk membawa pembaca menelusuri detik-detik kejatuhan Empayar Uthmaniyah dan kebangkitan Republik Turki di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Atatürk. Melalui kupasan tentang percaturan politik, peperangan, reformasi dan perubahan institusi, buku ini menjelaskan bagaimana keputusan-keputusan penting pada awal abad ke-20 membentuk identiti Turki moden yang kekal berpengaruh hingga hari ini. Rangsang Sari Detik-detik akhir Empayar Uthmaniyah dan detik-detik awal negara Turki moden menjadi tumpuan utama penulisan buku ini. Kelahiran negara Turki moden yang merdeka di atas runtuhan Empayar Uthmaniyah bukanlah suatu kebetulan tetapi hasil daripada rancangan teliti bapa pengasasnya sendiri, Mustafa Kemal Ataturk. Andrew Mango menceritakan semua dasar yang dibuat oleh Mustafa Kemal-tokoh utama dalam buku ini yang merupakan seorang negarawan dan pemimpin tentera yang bijak, pandai bermain helah politik, berhati-hati dan penyabar—-sekutu-sekutunya dan beberapa pemimpin sebelumnya serta meneliti faktor-faktor yang mendorong mereka mengambil semua keputusan tersebut. Tentang Pengarang Andrew Mango merupakan seorang sejarawan dan penulis kelahiran Inggeris-Turki, Selain karya-karyanya tentang sejarah dan budaya Turki, beliau juga dikenali ramai sebagai antara pakar utama dalam bidang sejarah moden Turki dan sering menjadi penasihat untuk pelbagai institusi dan kerajaan di selirah dunia. Maklumat Buku Judul asal: From the Sultan to Ataturk: Turkey Penulis: Andrew Mango Penterjemah: Alina Abdullah Tahun terbit: 2024 Halaman: 216 mukasurat ISBN: 9789670037578 Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Lembut) Berat: 0.50 kg