• Wayang Politik Mokap A-01
  • Wayang Politik Mokap B-01
  • Wayang Politik Mokap C-01
  • Wayang Politik Mokap D-01
1

IBDE Wayang Politik: Bencana Populisme & Strategi Menghadapinya - Jan-Werner Müller (Politik) [Kulit Keras]

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Populisme sering didakwa sebagai suara tulen rakyat, namun benarkah begitu? Buku ini membongkar bagaimana populis menolak kepelbagaian dan mendakwa hanya mereka yang berhak bercakap bagi pihak rakyat. Apabila populis berkuasa, mereka perlahan-lahan mengikis demokrasi dan menyingkirkan sesiapa yang tidak sehaluan. Inilah amaran penting tentang bagaimana demokrasi boleh tergugat dari dalam, bukan dari luar.

Rangsang Sari

Apakah maksud populisme? Dalam buku ini, Jan-Werner Müller memberikan pandangan mendalam tentang fenomena politik yang kian tersebar di pelosok dunia. Dengan menjelaskan ciri utama populisme dan perbezaannya dengan demokrasi, pengarang buku ini membantu pembaca memahami bagaimana pemimpin populis menggunakan retorik "kita lawan mereka" untuk meraih kuasa. Melalui analisis tajam dan penceritaan memikat, buku ini adalah bacaan wajib bagi mereka yang prihatin terhadap masa depan demokrasi.

Tentang Pengarang

Jan-Werner Müller ialah seorang pensyarah politik di Princeton University. Dia telah menulis beberapa buah buku seperti Contesting Democracy: Political Ideas in Twentieth Century Europe. Tulisannya kerap tersiar di London Review of Books, Guardian dan New York Review of Books.

Maklumat Buku

Judul asal; What Is Populism?

Penulis: Jan-Werner Müller

Penterjemah: Eekmal Ahmad

Tahun terbit: 2025

Halaman: 128 mukasurat

ISBN: 9789670037813

Ukuran: 23 x 15 cm (Kulit Keras)

Berat: 0.50 kg