• Amir Abdul Kadir KL A
  • Amir Abdul Kadir KL B-2
  • Amir Abdul Kadir KL C
  • Amir Abdul Kadir KL D
1

IBDE Amir Abdul Kadir: Sang Pendamai, Wali & Pahlawan - Ahmad Bouyerdene (Biografi) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Di satu tangan tasbih, di tangan yang lain pedang. Inilah kisah seorang pahlawan yang mempertahankan tanah airnya tanpa kehilangan nilai kemanusiaan. Amir Abdul Kadir mengisahkan kehidupan seorang ulama sufi, pemimpin dan pejuang Algeria yang menentang penjajahan Perancis dengan keberanian dan kebijaksanaan. Di sebalik ketegasannya di medan perang, beliau turut dikenang kerana menyelamatkan ribuan nyawa tanpa mengira agama, menjadikannya lambang keberanian, belas ihsan dan kepimpinan sejati. Sinopsis Tasbih yang sentiasa di tangan Amir Abdul Kadir menguatkan lagi beliau untuk mengangkat pedang, membebaskan tanahairnya dari jajahan Perancis di Algeria. Kehidupan sehari-harian selaku ahli sufi meneguhkan rohaninya untuk menjadi seorang pahlawan yang hebat sekaligus terkenal dengan sifat manusiawinya yang telah membebaskan seramai 15,000 penganut Kristian di Damsyik. Kenali tokoh hebat ini yang digelar “salah seorang daripada beberapa tokoh yang hebat abad ini” oleh The New York Times dan ikuti perjalanan hidupnya sebagai seorang wali dan pahlawan yang hebat. Tentang Pengarang Ahmed Bouyerdene lahir di Algeria pada tahun 1967 tetapi berpindah bersama keluarganya ke Perancis sewaktu berusia lima tahun; dia memiliki dua kerakyatan, Algeria dan Perancis. Dia adalah penyelidik bebas dalam bidang sejarah dan pakar tentang Amir Abdul Kadir. Ahmed Bouyerdene selesai melakukan penyelidikan peringkat PhD tentang kehidupan Abdul Kadir di University Strasbourg, Perancis, dan telah menerbitkan dua buku dan beberapa makalah tentang tokoh tersebut dalam bahasa Perancis, termasuk Abd el-Kader, l’harmonie des contraires (le Seuil, 2008, 2012) dan Abd el-Kader par ses contemporains (Ibis Press, 2008). Dia telah membentangkan kertas kerja tentang sisi intelektual dan kerohanian Amir Abdul Kadir dalam beberapa puluh persidangan di seluruh dunia. Ahmed Bouyerdene tinggal di wilayah Savoy, Perancis. Maklumat Buku Judul asal: Emir Abd el-Kader: Hero and Saint of Islam (2008) Penulis: Ahmad Bouyerdene Penterjemah: Al-Mustaqeem M. Radhi Tahun terbit: 2025 Halaman:304 mukasurat ISBN: 9789670037622 Ukuran: 23 x 15 cm (Kulit Lembut) Berat: 0.60 kg