• Jose Rizal KL A
  • Jose Rizal KL B
  • Jose Rizal KL C
  • Jose Rizal KL D
1

IBDE Jose Rizal: Melayu Agung - Carlos Quirino (Biografi) [Kulit Lembut]

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

30 Disember 1896, sepasukan perajurit Filipina berbaris bagi memenuhi perintah tembak mati Jose Rizal. Di belakang, sepasukan serdadu Sepanyol bersiaga menembak pasukan itu pula. Dosa Jose Rizal: Menjadi penulis menentang penjajahan Sepanyol. Doktor memeriksa nadi Jose sebelum ditembak, ternyata normal, tiada gentar, tiada debar. Pahlawan itu gugur dengan kalimat terakhir yang dipinjam dari Jesus Kristus: Consummatum est. Sempurna sudah! Nama Jose Rizal harum ke seluruh dunia. Kisah hidupnya dirangkum oleh Carlos Quirino dalam karya yang memenangi Sayembara Biografi Komanwel tahun 1938.

Tentang Pengarang

Carlos Quirino adalah salah seorang sejarawan Filipina yang paling dihormati dan prolifik. Di samping menulis banyak rencana, beliau juga menulis lebih daripada 30 buah buku termasuk Philippine Cartography dan Filipinos at War. Pada tahun 1990, Carlos Quirino telah menerima anugerah ""Legion of Honor"" bagi kerja-kerja penulisannya tentang sejarah Filipina dan pada tahun 1997 beliau telah dinamakan sebagai Seniman Kebangsaan bagi Sastera Sejarah.

Maklumat Buku

Judul asal: Jose Rizal: The Great Malayan Penulis: Carlos Quirino Penterjemah: Puspawati Rosman Penyunting: Norziati Rosman ISBN: 9789670037028 Tahun terbit: 2022 Halaman: 305 mukasurat Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Lembut) Berat: 0.45kg