• Muhammad KK Mokap A
  • Muhammad KK Mokap B
  • Muhammad KK Mokap C-01
  • Muhammad KK Mokap D-01
  • Kenyataan Muhammad_Shopee_1080x1080px
1

IBDE Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal - Martin Lings (Biografi) [Kulit Keras]

Regular price
RM 76.00
Sale price
RM 76.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Buku ini adalah antara sirah Nabi Muhammad SAW yang terbaik pernah dihasilkan. Dengan gaya penulisan yang mudah difahami serta bahasa yang indah, Martin Lings (Abu Bakr Sirajuddin) menghadirkan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dengan amat terperinci. Selain sisi peribadi baginda, biografi ini turut menyentuh aspek sosial, ekonomi dan politik pada zaman awal Islam. Dikarang bersandarkan sumber-sumber terawal dalam sejarah Islam dan sudah meraih banyak anugerah pada peringkat antarabangsa, biografi ini adalah sebuah buku yang wajib dimiliki setiap orang.

Tentang Pengarang

Martin Lings (Abū Bakr Sirāju `d-Dīn) lahir di Burnage, Lancashire, England, pada tahun 1909. Beliau menempuh pengajian peringkat ijazah di Clifton College, Bristol, England, dan seterusnya mendalami pengajian dalam bidang sastera Inggeris di Universiti Oxford. Di Oxford, beliau menjadi murid dan seterusnya sahabat karib kepada pengarang dan sarjana terkenal C. S. Lewis. Pada tahun 1939, Martin Lings mengembara ke Mesir untuk mengunjungi seorang sahabatnya yang mengajar di Universiti Kaherah, selain untuk menjadi pembantu seorang ahli sufi berbangsa Perancis, René Guénon. Sewaktu kunjungan ini Martin Lings terpaksa mengambil alih kerusi yang diduduki oleh sahabatnya di Universiti Kaherah apabila sahabatnya itu meninggal dunia dalam suatu kemalangan sewaktu menunggang kuda. Beliau memeluk agama Islam selepas itu. Selama sebelas tahun, Martin Lings menjadi pensyarah bahasa dan sastera Inggeris di Universiti Kaherah dan tinggal berhampiran Piramid bersama isterinya, Lesley Smalley. Selain mengajar dan menjalankan amalan kerohanian, cintanya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris mendorongnya menerbitkan drama pentas Shakespeare setiap tahun. Kegiatan ini membuka peluang kepada para pelajarnya untuk terlibat dalam kegiatan teater; salah seorang daripada mereka bahkan muncul sebagai bintang filem Mesir selepas itu. Pada tahun 1952, krisis politik di Mesir memaksa Martin Lings pulang ke England. Di sana, beliau menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Arab sehingga meraih ijazah PhD daripada School of Oriental and African Studies. Tesis beliau diterbitkan dalam bentuk buku, berjudul A Sufi Saint of the Twentieth Century, pada tahun 1961. Sebelum buku ini, beliau telah mengarang sebuah buku lain dalam bahasa Arab yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul The Book of Certainty: The Sufi Doctrine of Faith, Vision and Gnosis. Selain dua karya ini, Martin Lings telah menulis puluhan buku lain berkenaan falsafah kerohanian atau tasawuf, puisi, Shakespeare dan seni Islam. Martin Lings pernah menjadi ketua pemelihara Oriental Printed Books and Manuscripts di British Museum dan juga British Library. Sewaktu memegang peranan inilah beliau berpeluang meneliti pelbagai manuskrip dari dunia Timur sehingga membawa kepada penerbitan karya seperti Islamic Calligraphy and Illumination (1971) dan The Quranic Art of Calligraphy and Illumination (1976). Selain pengaruh René Guénon, Martin Lings juga diilhami oleh mahagurunya dalam bidang tasawuf, iaitu Frithjof Schuon, filasuf keagamaan berbangsa Jerman. Karya-karya Martin Lings, seperti Ancients Beliefs and Modern Superstitions (1964) dan The Eleventh Hour: The Spiritual Crisis of the Modern World in the Light of Tradition and Prophecy (1989), dan banyak lagi, mencerminkan pengaruh mahagurunya itu. Pengetahuan Martin Lings yang amat luas dan mendalam tentang Islam, malah juga pengamalannya yang teguh dan mengakar sebagai Muslim, dapat dilihat dengan nyata pada buku Muḥammad: His Life Based on the Earliest Sources yang diiktiraf di seluruh dunia sejak kali pertama ia terbit, pada tahun 1983, dan telah memenangi beberapa anugerah, termasuk pengiktirafan sebagai buku sirah terbaik dalam bahasa Inggeris oleh National Seerat Conference di Islamabad. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam 12 bahasa dan buku yang berada di tangan pembaca kini adalah edisi bahasa Malaysia yang pertama. Martin Lings telah menyampaikan banyak syarahan berkenaan Nabi Muḥammad saw di seluruh dunia, termasuk sebuah syarahan yang disampaikannya di hadapan 3,000 pendengar di Britain sempena perayaan Maulid Nabi pada 12 Mei 2005, sepuluh hari sebelum beliau meninggal dunia.

Maklumat Buku

Judul asal: Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources

Penulis: Martin Lings (Abu Bakar Sirajuddin)

Penterjemah: Farhan Affandi & Al-Mustaqeem M. Radhi

Halaman: 550 mukasurat

ISBN: 9789671809143

Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Keras)

Berat: 0.9 kg