IBDE Al-Farabi: Pemikir Sanjungan Timur & Barat - Osman Bakar (Biografi) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 50.00
- Sale price
- RM 50.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
AL-FARABI: PEMIKIR SANJUNGAN TIMUR & BARAT
Al-Fārābī: Life, Works and Significance
Bagaimanakah seorang putera bumi Turkestan yang hidup sepuluh abad lalu, yang zuhud berhijrah dengan empat dirham sehari, mampu mencipta sistem klasifikasi ilmu pertama dunia Islam dan diangkat sebagai 'Guru Kedua' selepas Aristotle?
Al-Farabi: Pemikir Sanjungan Timur & Barat sebuah biografi kritikal yang membongkar riwayat hidup al-Farabi, mempertahankan keaslian karya falsafahnya, dan menyajikan koleksi mutiara hikmah beliau sebagai panduan pemikiran semesta Islam.
Riwayat kehidupan tokoh falsafah Islam, Al-Fārābī amat sedikit didedahkan kepada khalayak sezaman mahupun melalui karya-karyanya. Tokoh yang dijuluki gelaran terhormat Guru Kedua (al-Mu'allim al-Thānī) ini digambarkan sebagai cendekiawan yang teguh pada agama dan seorang muslim sejati. Kehidupan dan pemikirannya dibentuk oleh ajaran Islam yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah yang memandu beliau merumuskan tindak balas intelektual terhadap pemikiran Yunani. Biografi kritis ini menyorot hidup Al-Fārābī secara ketat menggunakan sumber kepustakaan yang sahih dan khusus. Buku ini juga kajian terawal yang meriwayatkan peri kehidupan dan karya Al-Fārābī secara komprehensif.
Dr. Osman Bakar kini memegang jawatan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penyandang Kursi al-Ghazali dalam bidang Epistemologi dan Kajian dan Pembaharuan Ketamadunan di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di universiti tersebut. Beliau juga profesor emeritus dalam bidang Falsafah Sains di Universiti Malaya (UM). Setakat ini, beliau telah menghasilkan 43 buah buku tentang berbagai-bagai aspek pemikiran dan tamadun Islam. Beliau tersenarai dalam 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia sejak tahun 2009. Buku beliau yang paling popular ialah Tauhid dan Sains yang telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia.
- Judul asal
- Al-Fārābī: Life, Works and Significance (Edisi Kedua, 2018)
- Penulis
- Osman Bakar
- Penterjemah
- Baharudin Ahmad
- Tahun terbit
- 2026
- Halaman
- 144 mukasurat
- ISBN
- 9786297812274
- Ukuran
- 15 x 23 cm (Kulit Keras)
- Berat
- 0.5 kg