IBDE Pedoman buat Muda-Mudi Muslim Mengharung Dunia Moden - Seyyed Hossein Nasr (Sains Sosial) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
“Janganlah pula perubahan cara di Barat itu diterima oleh orang Islam sebagai kayu ukur bagi menilai baik atau buruk sesuatu amalan dalam masyarakat Islam.”
—Seyyed Hossein Nasr
Pedoman buat Muda-Mudi Muslim Mengharung Dunia Moden karya Seyyed Hossein Nasr ini ditulis khas buat umat Islam terutamanya golongan muda. Buku ini mengajak kita mengenali agama Islam dengan lebih mendalam, sambil memahami dunia moden dengan kaca mata Islam, agar kita mampu menghadapi cabaran zaman dengan lebih bijak dan bermakna sebagai seorang Muslim. Sebagai sebuah pedoman, karya ini menghuraikan dengan jelas inti ajaran Islam sebagaimana yang diwahyukan dalam al-Quran, diterangkan melalui Hadis dan Sunnah, serta dihuraikan oleh para ulama dan pemikir Islam sepanjang zaman.
Buku ini turut memperkenalkan garis besar tradisi keagamaan dan intelektual Barat bagi membantu pembaca memahami latar pemikiran yang membentuk dunia moden. Pengarang menegaskan bahawa dunia Barat telah melahirkan ramai orientalis yang mengkaji Islam dari sudut pandang mereka sendiri. Namun begitu, dunia Islam masih kekurangan oksidentalis—sarjana yang mampu meneliti pelbagai aspek tamadun Barat, daripada sains hingga seni, daripada agama hingga perilaku masyarakat, dari sudut pandang Islam.
Buku ini mengajak golongan muda-mudi daripada tradisi agama supaya menjadi insan yang bertanggungjawab dan berpendirian dalam dunia moden, dengan menyedari betapa pentingnya identiti budaya dan warisan mereka sendiri.
Tentang Pengarang
Seyyed Hossein Nasr dilahirkan di Tehran dalam sebuah keluarga yang terkenal dengan tradisi keilmuan dan perubatan. Setelah menerima pendidikan awal di Iran, beliau melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat dalam bidang fizik serta sejarah sains dan falsafah di MIT dan Harvard, dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD). Beliau pernah menjadi profesor di Tehran University, selain mengasaskan serta menjadi Presiden pertama Akademi Falsafah Iran. Kini beliau berkhidmat sebagai Profesor Pengajian Islam di George Washington University, dan telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku, antaranya Ideals and Realities of Islam, Science and Civilization in Islam, Muhammad—Man of Allah dan Traditional Islam in the Modern World. IBDE telah menterjemah karya beliau Man and Nature dengan judul Manusia dan Alam Tabii.Maklumat Buku
Judul asal: A Young Muslim’s Guide to the Modern World (1993)
Penulis: Seyyed Hossein Nasr
Penterjemah: Khairul Anam
Penyunting: Al-Mustaqeem M. Radhi
Tahun terbit: 2026
Halaman: xx + 284 mukasurat
ISBN: 9786297812298
Ukuran: 15 x 23 cm
Berat: 0.5 kg