IBDE Suri Hati Nabi: Riwayat Hidup Para wanita di Sekeliling Rasulullah SAW - Aisyah Abdul Rahman (Binti Syati’) (Biografi) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 50.00
- Sale price
- RM 50.00
- Regular price
-
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE
Kongsi
Rangsang Sari
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi, ahli politik, pengurus perniagaan, penggembala, bahkan pengasas sebuah empayar dan peradaban yang berpengaruh. Namun pernahkah anda terfikir bagaimana kekasih Allah dan insan yang mulia ini mentadbir rumahtangga? Dan bagaimana pula peribadi dan peranan para suri hati nabi? Dengan gaya penulisan yang santun dan indah, pengarang Aisyah Abdul Rahman (Binti Syati") membentangkan gambaran kehidupan para wanita di sekeliling Rasulullah yang menemani sepanjang hayat baginda. Kita bukan sahaja dapat mengambil pengajaran dan contoh terbaik hidup berkeluarga daripada insan terpilih, tetapi juga dapat menyingkap sisi manusiawi baginda dalam menguruskan rumahtangga.Tentang Pengarang
Prof. Dr. Aisyah Abdul Rahman (1908–1998) ialah seorang tokoh sastera, pemikir dan ahli akademik Mesir yang terkenal. Beliau dilahirkan di Dumyat, Mesir dan dikenali dengan nama pena Binti Syati’ yang bermaksud “Anak Pantai.” Beliau merupakan wanita pertama yang menjadi profesor dalam bidang kesusasteraan Arab di Universiti Kaherah. Terkenal dengan kemahiran bahasanya, Aisyah juga turut dikenali sebagai pakar tafsir al-Quran secara sasterawi. Karya-karyanya mengangkat isu wanita dan menyumbang kepada pemikiran Islam yang progresif. Beliau menulis tafsir al-Quran dengan pendekatan linguistik dan sastera, seperti Tafsīr al-Bayān. Beliau turut menghasilkan lebih daripada 40 buku yang merangkumi kesusasteraan, pemikiran Islam, dan isu sosial, selain menerima pelbagai anugerah, termasuk Hadiah Antarabangsa Raja Faisal pada tahun 1994 bagi sumbangannya dalam kesusasteraan Arab. Aisyah Abdul Rahman dikenang sebagai seorang ilmuwan yang memecahkan tradisi dan membuka jalan kepada wanita untuk menceburi bidang akademik dan pemikiran Islam.Maklumat Buku
Judul asal: Nisāʾ un-Nabī (نـسـاء الـنـبـي) Penulis: Aisyah Abdul Rahman (Binti Syati’) بنت الشاطئ Penterjemah: Ahmad Naqiuddin Tahun terbit: 2025 Halaman: 216 mukasurat ISBN: 9789670037738 Ukuran: 15 x 23 cm (Kulit Keras) Berat: 0.6 kg
×
×