IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 11 Kitab Huraian Keajaiban Hati dan Latihan Jiwa - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
Kitab Huraian Keajaiban Hati dan Latihan Jiwa merupakan gabungan dua kitab daripada Suku Muhlikat dalam Ihya’ Ulumuddin. Kitab Huraian Keajaiban Hati memperincikan peranan hati manusia dan kesannya terhadap amalan dan tindakan jasmani, justeru pengetahuan tentang kemampuan hati untuk berubah atau tekal dapat membantu seseorang murid menelusuri perjalanan menuju Allah. Kesinambungan daripada itu, Kitab Latihan Jiwa memperkenalkan akhlak yang baik dan buruk kepada sang murid agar hatinya dapat dicegah dan dirawat daripada penyakit hati. Hasilnya, penyakit hati dibicarakan dalam Suku Muhlikat, manakala penawar hati dibicarakan dalam Suku Munjiyat.
TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn
Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit, Ahmad Izzat Zulnurain, ‘Ainuddin Burhanuddin, Faris Lokhman
Penyunting: Faten Nawwarah, ‘Ainuddin Burhanuddin
Tahun terbit: 2026
Halaman: xxxii + 286 mukasurat
ISBN: 9786297812182
Edisi: Kulit Keras
Ukuran: 15 x 23 cm
Berat: 0.26 kg