• Ihya Jilid 16_Mokap A
  • Ihya Jilid 16_Mokap B
  • Ihya Jilid 16_Mokap C
  • Ihya Jilid 16_Mokap D
1

IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 16 Kitab Taubat, Sabar dan Syukur - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE

Rangsang Sari

Kitab Taubat, Sabar dan Syukur daripada Suku Munjiyat dalam Ihya’ Ulumuddin menegaskan kepentingan taubat sebagai maqam pertama bagi seorang pendamba jalan akhirat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Taubat yang tulus hendaklah didasari oleh tauhid yang jitu demi menghasilkan iman yang murni. Seterusnya, kemanisan iman yang murni itu hanya dapat dirasai apabila digandingkan dengan ilmu, hal dan amalan yang benar berkaitan sabar dan syukur kerana sabar dan syukur itu pelengkap bagi iman, bahkan maqam yang menyusuli taubat.

TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN

Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.

Tentang Pengarang

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.

Maklumat Buku

Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn

Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī

Penterjemah: Syawal Ismail

Penyunting: Faten Nawwarah

Tahun terbit: 2026

Halaman: xxxiv + 454 mukasurat

ISBN: 9786297812427

Edisi: Kulit Keras

Ukuran: 15 x 23 cm

Berat: 0.26 kg