IBDE Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 20 Kitab Mengingati Mati - Imam al-Ghazali (Agama) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
Mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa, cuma detiknya berbeza-beza dan hanya diketahui Allah SWT. Bagi salik, kematian menjadi langkah penting untuk menemui Allah SWT, malah mati hanya sekali, maka persediaan menghadapinya perlu secara berterusan agar pengakhiran yang baik itu tidak terluput. Demi tujuan itu, al-Ghazali memuatkan huraian penting perihal kematian, kisah golongan terdahulu tentangnya dan peristiwa hari akhirat yang bakal dihadapi setiap insan. Demikianlah isi penting Kitab Mengingati Mati daripada Suku Munjiyat dalam Ihya’ Ulumuddin.
TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Tentang Pengarang
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (1058–1111 M) atau lebih dikenali sebagai Hujjatul Islam (Bukti Kebenaran Islam), merupakan salah seorang tokoh pemikir, ahli teologi, dan ahli sufi yang paling berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam. Beliau pernah memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Nizamiyyah, Baghdad, sebelum menempuh fasa pencarian spiritual yang membawa kepada penghasilan karya agungnya, Ihya’ Ulum al-Din. Pemikiran beliau berjaya menyatukan aspek syariat dan hakikat, menjadikannya rujukan utama bagi umat Islam di seluruh dunia merentas zaman.Maklumat Buku
Judul asal: Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn
Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Penterjemah: Fawzan Najid, Musfirah Mohamad, Syawal Ismail
Penyunting: Khairul Ikhwan, Nik Nur Madihah
Tahun terbit: 2026
Halaman: xxxiv + 374 mukasurat
ISBN: 9786297812465
Edisi: Kulit Keras
Ukuran: 15 x 23 cm
Berat: 0.26 kg