IBDE Buku 10 - Ismail dan Kesedihannya | Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan - Imam al-Ghazali (Kanak-kanak) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
ISMAIL DAN KESEDIHANNYA | KISAH-KISAH BERDASARKAN KITAB RAMUAN KEBAHAGIAAN
Seorang anak diuji dengan pelbagai kesedihan yang datang silih berganti sehingga hidupnya dipenuhi kesulitan. Mampukah dia terus bersabar dan menemukan hikmah di sebalik setiap ketentuan Allah SWT?
Berdasarkan karya Imam al-Ghazali Kimiyaye Saadat (Ramuan Kebahagiaan), kisah ini menghidangkan nilai moral yang tinggi dalam bahasa yang mudah dan penuh warna.
Kenapa Buku Ini Sesuai?
- Nilai kejujuran dan integriti yang jelas
- Diterbitkan berdasarkan karya agung Islam
- Ilustrasi berwarna dan menarik perhatian
- Disesuaikan untuk kanak-kanak – ringkas, mudah faham & bermakna
Siri Al-Ghazali Muda: Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan karya Imam al-Ghazali mengandungi 12 tajuk:
Peniaga yang Jujur • Lelaki Ahli Syurga • Akibat Dengki • Perniagaan yang Menyusahkan • Penjaga Dusun Kurma • Cawan Bertatah Permata • Pelita yang Padam • Pengemis Kaya • Pokok Patung • Ismail dan Kesedihannya • Raja dan Malaikat Maut • Raja yang Telah Pekak
"Wahai anakku, benar sekali kata-katamu itu. Satu per satu kejadian sedih menimpa kita sehingga menyebabkan kita dalam kesulitan. Namun, kita tidak boleh membuat kesimpulan sekarang. Kita harus memandang jauh ke depan. Satu hari nanti, segala hikmah akan kita ketahui. Apa sahaja yang kita miliki, semuanya milik Allah SWT. Allah boleh mengambilnya semula pada bila-bila masa sahaja."
Ismail dan Kesedihannya mengisahkan perjalanan menghadapi pelbagai ujian hidup dengan penuh kesabaran dan keimanan. Melalui kisah yang menyentuh hati ini, pembaca diajak memahami bahawa setiap ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah serta mengajar erti reda, tawakal dan pengharapan kepada-Nya.
Mojgan Sheikhi ialah seorang penulis, wartawan dan penterjemah terkenal dari Iran yang banyak menghasilkan karya dalam bidang sastera kanak-kanak dan remaja. Beliau mula aktif dalam dunia penulisan sekitar tahun 1984 dan telah menghasilkan pelbagai karya termasuk cerita kanak-kanak, biografi tokoh, sejarah serta adaptasi cerita rakyat.
Karya-karya Mojgan Sheikhi terkenal dengan unsur pendidikan, nilai moral dan penyampaian cerita yang kreatif. Sebahagian karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa antarabangsa serta menerima pengiktirafan dalam bidang kesusasteraan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Pokok Patung, yang membawa mesej berkaitan nilai kemanusiaan dan pembelajaran kepada pembaca muda.
- Judul asal
- Esmaeil Va Ghamhayash
- Penulis
- Mojgan Sheikhi
- Penterjemah
- Sharifah Asruha
- Tahun terbit
- 2025
- Halaman
- 16 mukasurat
- ISBN
- 9789670037905
- Ukuran
- 21.5 x 21.5 cm (Kulit Lembut)
- Berat
- 0.03 kg