IBDE Buku 8 - Pengemis Kaya | Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan - Imam al-Ghazali (Kanak-kanak) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
PENGEMIS KAYA | KISAH-KISAH BERDASARKAN KITAB RAMUAN KEBAHAGIAAN
Seorang pengemis merasakan dirinya tidak memiliki apa-apa, sedangkan Allah SWT telah mengurniakan nikmat yang tidak ternilai. Mampukah dia menyedari bahawa kekayaan sebenar bukan hanya diukur dengan harta?
Berdasarkan karya Imam al-Ghazali Kimiyaye Saadat (Ramuan Kebahagiaan), kisah ini menghidangkan nilai moral yang tinggi dalam bahasa yang mudah dan penuh warna.
Kenapa Buku Ini Sesuai?
- Nilai kejujuran dan integriti yang jelas
- Diterbitkan berdasarkan karya agung Islam
- Ilustrasi berwarna dan menarik perhatian
- Disesuaikan untuk kanak-kanak – ringkas, mudah faham & bermakna
Siri Al-Ghazali Muda: Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan karya Imam al-Ghazali mengandungi 12 tajuk:
Peniaga yang Jujur • Lelaki Ahli Syurga • Akibat Dengki • Perniagaan yang Menyusahkan • Penjaga Dusun Kurma • Cawan Bertatah Permata • Pelita yang Padam • Pengemis Kaya • Pokok Patung • Ismail dan Kesedihannya • Raja dan Malaikat Maut • Raja yang Telah Pekak
"Baiklah. Wahai anakku, sehingga saat ini setidaknya Allah SWT telah memberikanmu 50 ribu dirham, lalu kenapa kamu tidak mensyukuri nikmat daripada-Nya dan masih sering merungut?"
"Ya Allah, aku amat bersyukur. Benar katamu, wahai kelana tua. Aku benar-benar bersyukur."
Pengemis Kaya mengisahkan pertemuan seorang pemuda dengan seorang pengemis yang mengubah cara pandangnya tentang kekayaan. Melalui kisah penuh pengajaran ini, pembaca diajak mensyukuri setiap nikmat Allah SWT serta memahami bahawa kekayaan sebenar terletak pada hati yang sentiasa bersyukur.
Mojgan Sheikhi ialah seorang penulis, wartawan dan penterjemah terkenal dari Iran yang banyak menghasilkan karya dalam bidang sastera kanak-kanak dan remaja. Beliau mula aktif dalam dunia penulisan sekitar tahun 1984 dan telah menghasilkan pelbagai karya termasuk cerita kanak-kanak, biografi tokoh, sejarah serta adaptasi cerita rakyat.
Karya-karya Mojgan Sheikhi terkenal dengan unsur pendidikan, nilai moral dan penyampaian cerita yang kreatif. Sebahagian karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa antarabangsa serta menerima pengiktirafan dalam bidang kesusasteraan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Pokok Patung, yang membawa mesej berkaitan nilai kemanusiaan dan pembelajaran kepada pembaca muda.
- Judul asal
- Darwish Tsirwatmand
- Penulis
- Mojgan Sheikhi
- Penterjemah
- Sharifah Asruha
- Tahun terbit
- 2025
- Halaman
- 16 mukasurat
- ISBN
- 9789670037875
- Ukuran
- 21.5 x 21.5 cm (Kulit Lembut)
- Berat
- 0.03 kg