IBDE Buku 9 - Pokok Patung | Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan - Imam al-Ghazali (Kanak-kanak) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
POKOK PATUNG | KISAH-KISAH BERDASARKAN KITAB RAMUAN KEBAHAGIAAN
Sebuah pokok dipuja dan dipercayai mempunyai kuasa luar biasa oleh penduduk kampung. Mampukah seseorang mengubah kepercayaan mereka dengan hikmah tanpa menimbulkan permusuhan?
Berdasarkan karya Imam al-Ghazali Kimiyaye Saadat (Ramuan Kebahagiaan), kisah ini menghidangkan nilai moral yang tinggi dalam bahasa yang mudah dan penuh warna.
Kenapa Buku Ini Sesuai?
- Nilai kejujuran dan integriti yang jelas
- Diterbitkan berdasarkan karya agung Islam
- Ilustrasi berwarna dan menarik perhatian
- Disesuaikan untuk kanak-kanak – ringkas, mudah faham & bermakna
Siri Al-Ghazali Muda: Kisah-kisah Berdasarkan Kitab Ramuan Kebahagiaan karya Imam al-Ghazali mengandungi 12 tajuk:
Peniaga yang Jujur • Lelaki Ahli Syurga • Akibat Dengki • Perniagaan yang Menyusahkan • Penjaga Dusun Kurma • Cawan Bertatah Permata • Pelita yang Padam • Pengemis Kaya • Pokok Patung • Ismail dan Kesedihannya • Raja dan Malaikat Maut • Raja yang Telah Pekak
"Aku harus pergi menebang pokok itu. Aku mahu penduduk di sana lihat sendiri bahawa pokok itu tidak mempunyai apa-apa kuasa. Dengan hanya satu pukulan kapak ini, pokok itu akan tumbang."
"Seharusnya aku berdakwah dengan lebih lembut. Jika aku berdakwah secara keras, ia mungkin akan menyebabkan aku terpaksa menebang pokok itu. Semoga aku tidak lagi perlu menebangnya."
Pokok Patung mengisahkan usaha menyampaikan kebenaran kepada masyarakat dengan penuh hikmah dan kesabaran. Melalui kisah sarat pengajaran ini, pembaca diajak memahami kepentingan berdakwah secara berhemah, berakhlak mulia dan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT.
Mojgan Sheikhi ialah seorang penulis, wartawan dan penterjemah terkenal dari Iran yang banyak menghasilkan karya dalam bidang sastera kanak-kanak dan remaja. Beliau mula aktif dalam dunia penulisan sekitar tahun 1984 dan telah menghasilkan pelbagai karya termasuk cerita kanak-kanak, biografi tokoh, sejarah serta adaptasi cerita rakyat.
Karya-karya Mojgan Sheikhi terkenal dengan unsur pendidikan, nilai moral dan penyampaian cerita yang kreatif. Sebahagian karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa antarabangsa serta menerima pengiktirafan dalam bidang kesusasteraan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Pokok Patung, yang membawa mesej berkaitan nilai kemanusiaan dan pembelajaran kepada pembaca muda.
- Judul asal
- Derakht Mojassameh
- Penulis
- Mojgan Sheikhi
- Penterjemah
- Sharifah Asruha
- Tahun terbit
- 2025
- Halaman
- 16 mukasurat
- ISBN
- 9789670037899
- Ukuran
- 21.5 x 21.5 cm (Kulit Lembut)
- Berat
- 0.03 kg