• Kisah Hidup Imam Al-Ghazali A
  • Kisah Hidup Imam Al-Ghazali B
  • Kisah Hidup Imam Al-Ghazali D2
  • Kisah Hidup Imam Al-Ghazali D
  • Kisah Hidup Imam Al-Ghazali C
1

IBDE Kisah Hidup Imam al-Ghazali - Muhammad Hozien dan Gray Henry (Kanak-kanak) [Kulit Keras]

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Biografi Tokoh Islam

KISAH HIDUP IMAM AL-GHAZALI

Siapakah Imam al-Ghazali sehingga digelar Hujjatul Islam, dan apakah rahsia di sebalik kehebatan tokoh yang mengubah pemikiran dunia Islam? Buku ini mengisahkan perjalanan hidup beliau dari kelahiran hingga kewafatan melalui ilustrasi berwarna dan penceritaan yang santai oleh Muhammad Hozien dan Gray Henry, menjadikannya bahan bacaan yang mudah difahami, menarik dan penuh inspirasi untuk semua peringkat umur.

Siapakah Imam al-Ghazali? Kenapa kita perlu mengenal peribadi di sebalik nama ini? Mengapa beliau digelar sebagai Hujjatul Islam atau Pembela Islam? Ini kisah hidup tokoh Islam yang terkemuka di dunia iaitu Muhammad bin Muhammad al-Ghazali atau lebih dikenali sebagai Imam al-Ghazali. Buku cerita yang penuh warna dan gambar ini membawa kita meneroka kehidupannya bermula pada saat beliau dilahirkan pada tahun 1085 Masihi sehinggalah kepergiannya menuju abadi pada tahun 1111 Masihi. Jom sama-sama mengenali Imam al-Ghazali dengan cara yang menyeronokkan!

GRAY HENRY

GRAY HENRY menuntut di Universiti al-Azhar, Kaherah dari tahun 1969 hingga 1979. Beliau sering mengembara ke pelusuk dunia Islam sebagai pengarah Fons Vitae, sebuah syarikat penerbitan buku ilmiah yang menerbitkan karya-karya kesarjanaan antara agama. Beliau sangat menggemari karya-karya Imam al-Ghazali. Buat masa ini beliau bertungkuslumus menerbitkan siri buku kanak-kanak (buku, buku latihan dan DVD) Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.

MUHAMMAD HOZIEN

MUHAMMAD HOZIEN merupakan seorang sarjana bebas yang pakar dalam karya-karya Imam al-Ghazali. Beliau mengendalikan laman web www.ghazali.org, sebuah laman yang dikhaskan kepada pengajian Imam al-Ghazali. Beliau merupakan penyunting Journal of Islamic Philosophy dan pengurus projek terjemahan Ihya’ Ulumuddin terbitan Fons Vitae.

Judul asal
Al-Ghazali (2014)
Penulis
Muhammad Hozien dan Gray Henry
Penterjemah
Ainunl Muaiyanah & Al-Mustaqeem M. Radhi
Tahun terbit
2025
Halaman
64 mukasurat
ISBN
9789670037523
Ukuran
21.6 cm x 21.6 cm (Kulit Keras)
Berat
0.60 kg