• Ali bin Abi Talib KK Mokap A
  • Ali bin Abi Talib KK Mokap B
  • Ali bin Abi Talib KK Mokap C
  • Ali bin Abi Talib KK Mokap D
1

IBDE Ali bin Abi Talib: Kesatria Agung Sepanjang Zaman - Abul Hasan Ali Nadwi (Biografi) [Kulit Keras]

Regular price
RM 70.00
Sale price
RM 70.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Sirah Khulafa al-Rasyidin

ALI BIN ABI TALIB: KESATRIA AGUNG SEPANJANG ZAMAN

“Bagaimanakah seorang pahlawan yang paling digeruni di medan perang pada masa yang sama boleh menjadi seorang hamba yang paling lembut hatinya di sejadah malam?”

Ali bin Abi Talib: Kesatria Agung Sepanjang Zaman membuka tabir kisah kehidupan Saidina Ali bin Abi Talib RA yang disanjung tinggi kerana keberaniannya di medan tempur, ketekunannya beribadah serta kebijaksanaannya dalam pemikiran dan ucapan.

Temui rahsia di sebalik ketokohan menantu Rasulullah SAW yang teguh mempertahankan tonggak Islam ketika fitnah berleluasa.

Pembaca bukan sekadar disajikan riwayat hidup dan sirah salah seorang sahabat terdekat, sekali gus ahli keluarga Rasulullah SAW, bahkan turut memperoleh pedoman tentang kepimpinan yang berpaksikan keadilan mutlak serta keteguhan iman khalifah terakhir daripada kalangan Khulafa al-Rasyidin ini.

Sebuah karya penting bagi mereka yang mencari inspirasi daripada tokoh yang menjadi lambang keberanian, kekuatan akhlak dan keteguhan rohani sepanjang zaman.

Khat bergaya Nastaliq di dalam bulatan memaparkan nama Ali bin Abi Talib RA. Sementara itu, khat Thuluth Diwani yang terletak di atas judul rumi Ali bin Abi Talib bertulis “Karramallahu wajhah”, iaitu gelaran yang bermaksud “Semoga Allah memuliakan wajahnya.”

Syed Abū al-Ḥasan ʿAlī al-Ḥasanī an-Nadwī (1913–1999) merupakan seorang sarjana Islam, pemikir dan penulis terkemuka pada abad ke-20. Beliau dilahirkan di Raebareli, Uttar Pradesh, India, dan banyak berjasa dalam bidang dakwah, pendidikan serta pemikiran Islam.

Seawal usia 18 tahun, karya beliau dalam bahasa Arab telah diterbitkan oleh Syeikh Sayyid Rasyīd Riḍā pada tahun 1931. Karya terulung beliau yang berjudul Mādzā Khasira al-ʿĀlam bi Inḥiṭāṭ al-Muslimīn (Apakah Derita yang Melanda Dunia dengan Kemunduran Umat Islam?) diterbitkan di Mesir pada tahun 1950. Karya tersebut menampilkan ketinggian gaya bahasa serta gagasan pemikiran beliau yang jauh ke hadapan.

Sepanjang hayatnya, beliau telah menghasilkan lebih daripada 60 buah buku yang merangkumi bidang sejarah, dakwah, pendidikan, pemikiran Islam dan biografi tokoh.

Judul asal
Al-Murtaḍā: Sīrah Amīr al-Muʾminīn Sayyidinā Abī al-Ḥasan ʿAlī bin Abī Ṭālib (المرتضى سيرة أمير المؤمنين سيدنا علي بن أبي طالب) (1989)
Penulis
Syed Abū al-Ḥasan ʿAlī al-Ḥasanī an-Nadwī
Penterjemah
Marwan Bukhari
Penyunting
Haziqah Nasir
Tahun terbit
2026
Halaman
xx + 236 muka surat
ISBN
9786297812373
Ukuran
15 x 23 cm
Berat
0.4 kg