• Ibnu Khaldun KK_Mokap A (Tanpa Foil)
  • Ibnu Khaldun KK_Mokap B (1)
  • Ibnu Khaldun KK_Mokap C (1)
  • Ibnu Khaldun KK_Mokap D (1)
1

IBDE Ibnu Khaldun: Riwayat Cendekiawan Agung - Robert Irwin (Biografi) [Kulit Keras]

Regular price
RM 70.00
Sale price
RM 70.00
Regular price
RM 0.00
Penghantaran ke Seluruh Dunia | Buku IBDE
Penghantaran ke Seluruh Dunia
Pembayaran Selamat | Buku IBDE
Pembayaran Selamat
Produk Rasmi IBDE | Buku IBDE
Produk Rasmi IBDE
Bapa Pensejarahan dan Sosiologi

IBNU KHALDUN: RIWAYAT CENDEKIAWAN AGUNG

Ibn Khaldun: An Intellectual Biography

Bagaimanakah seorang hakim yang terselamat daripada pandemik Maut Hitam dan komplot bunuh di istana, mampu meramal kejatuhan empayar dunia hanya dengan mengkaji perangai masyarakat gurun?

Ibnu Khaldun: Riwayat Cendekiawan Agung ialah sebuah biografi kritikal yang membongkar pengembaraan politik dan mistik Ibnu Khaldun, mengupas rahsia teori sosiologi ketamadunan beliau, serta mengembalikan pemikiran agung ini kepada akar semesta Islam yang sebenar.

“Jika anda cuba membaca semua tulisan tentang Ibnu Khaldun, anda akan menemui ajal terlebih dahulu.”

— Robert Irwin

Ibnu Khaldun (1332–1406) dianggap sebagai cendekiawan terhebat yang pernah muncul di dunia Arab. Di seluruh dunia, beliau dijulang sebagai “Bapa Pensejarahan” atau “Bapa Sosiologi” kerana jasanya meletakkan kerangka asas pengkajian moden dalam kedua-dua bidang ilmu tersebut. Namun begitu, pengarang terkenal Muqaddimah, iaitu kajian sejarah paling penting yang pernah dihasilkan di dunia Islam, tidak begitu dikenali seperti yang sepatutnya dan gagasan-gagasan beliau pula disalahertikan secara meluas. Dalam riwayat hidup tokoh yang inovatif ini, Robert Irwin memberikan catatan yang menarik dan berwibawa tentang kehidupan, zaman, karya serta gagasan Ibnu Khaldun yang luar biasa.

Robert Graham Irwin dilahirkan pada 23 Ogos 1946 di Guildford, England. Beliau memperoleh pendidikan awal di Epsom College, kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Sejarah Moden di University of Oxford. Selepas itu, beliau menjalankan penyelidikan pascasiswazah di School of Oriental & African Studies (SOAS) di London, di bawah seliaan Bernard Lewis, dengan tumpuan kajian terhadap pemerintahan Mamluk, walaupun tesis tersebut tidak disempurnakan. Sebagai seorang sarjana dan penulis, Irwin terkenal dengan kajian beliau dalam bidang dunia Islam dan sejarah budaya Arab-Melayu. Irwin merupakan tokoh yang mampu menjambatani disiplin sejarah, kajian Islam dan sastera fiksyen, dengan asas akademik yang kukuh, serta menghasilkan banyak karya penting yang turut diterjemah dan mendapat perhatian antarabangsa.

Judul asal
Ibn Khaldun: An Intellectual Biography (2018)
Penulis
Robert Irwin
Penterjemah
Auni Baharin
Tahun terbit
2026
Halaman
288 mukasurat
ISBN
9786297812137
Ukuran
15 x 23 cm (Kulit Keras)
Berat
0.5 kg