IBDE Islam dan Ekonomi: Memahami Makna Pasaran, Moral dan Keadilan - Dr. Ali Salman (Sains Sosial) [Kulit Lembut]
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Rangsang Sari
“Karya ini mencabar beberapa andaian popular mengenai disiplin ekonomi Islam abad ke-20.” —Syeikh Abdullah bin Hamid Ali, PhD
“Perlu diingat bahawa Islam dibawa oleh seorang Nabi yang pernah hidup sebagai seorang saudagar selama 20 tahun dan menyatakan bahawa sembilan persepuluh sumber rezeki datang daripada perniagaaan. Keadaan ini hanya boleh terwujud dalam susunan ekonomi yang berteraskan keusahawanan dan bukan pada kawalan kerajaan.” —Ali Salman
Buku Islam dan Ekonomi: Memahami Makna Pasaran, Moral dan Keadilan oleh Ali Salman ini memperkenalkan pembaca kepada asas pemikiran ekonomi Islam dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ia menghuraikan bagaimana konsep pasaran, moraliti dan keadilan dibincangkan dalam kerangka Islam. Penulis menelusuri prinsip-prinsip ekonomi yang berakar daripada sumber utama agama iaitu al-Quran dan Hadis, lalu menunjukkan bagaimana kedua-dua sumber tersebut membentuk pandangan Islam tentang perdagangan, pemilikan harta dan tanggungjawab sosial.
Dalam konteks dunia moden yang penuh dengan ketidaksamaan ekonomi dan krisis moral dalam sistem pasaran, buku ini mengajak pembaca menilai semula hubungan antara ekonomi dan etika. Apakah sebenarnya peranan pasaran dalam Islam? Bagaimanakah keadilan ekonomi dapat ditegakkan tanpa mengabaikan kebebasan berniaga? Dengan menggariskan asas disiplin ekonomi Islam, buku ini membuka ruang renungan kepada pembaca tentang kemungkinan membina sistem ekonomi yang lebih beretika dan seimbang pada hari ini.
Tentang Pengarang
DR. ALI SALMAN ialah seorang ahli ekonomi, penulis dan pakar dasar awam yang banyak menumpukan perhatian kepada hubungan antara Islam, ekonomi dan kebebasan pasaran. Selain menulis, Dr. Ali Salman juga merupakan seorang penyelidik dan tokoh pemikir dasar awam. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan pemikir ekonomi di Malaysia dan kini terlibat dalam jaringan pemikir antarabangsa yang mempromosikan kebebasan ekonomi dan prinsip masyarakat terbuka. Penyelidikan dan penulisannya memberi tumpuan kepada ekonomi Islam, dasar awam, serta hubungan antara moraliti, pasaran dan keadilan sosial dalam masyarakat Muslim.Maklumat Buku
Judul asal: Islam and Economics: A Primer on Markets, Morality, and Justice (2021)
Penulis: Ali Salman
Penterjemah: Dian Saleh
Penyunting: Hilmi Bakhari
Tahun terbit: 2026
Halaman: xxxiv + 126 mukasurat
ISBN: 9786297812359
Ukuran: 15 x 23 cm
Edisi: Kulit Lembut
Berat: 0.2 kg