IBDE Sejarah Ringkas Falsafah - Nigel Warburton (Falsafah) [Kulit Keras]
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
SEJARAH RINGKAS FALSAFAH
“Satu-satunya buku sejarah pemikiran manusia yang menggunakan analogi putera raja, tukang kasut dan kereta api luar kawalan untuk menerangkan 1001 masalah dunia.”
Sejarah Ringkas Falsafah menghancurkan stigma bahawa falsafah itu membosankan. Naskhah ini mengupas pemikiran 40 tokoh terulung dunia dengan gaya penceritaan yang santai, penuh analogi harian yang mencuit hati dan sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja tanpa perlu menjadi seorang profesor.
Apakah makna hidup? Bagaimana kita menentukan apa yang benar? Soalan-soalan abadi inilah yang diulas dalam Sejarah Ringkas Falsafah. Nigel Warburton menyingkap perjalanan falsafah Barat dan pemikiran manusia daripada Socrates, Descartes hingga Wittgenstein, sambil memaparkan bagaimana idea-idea besar tentang kehidupan, pengetahuan dan makna menjadi manusia terus mempengaruhi cara kita berfikir serta bertindak pada hari ini.
Buku ini ibarat teman yang mengajak pembaca berfikir dengan lebih jauh tentang diri dan dunia.
Nigel Warburton ialah seorang penulis, penterjemah dan ahli falsafah dari Britain yang terkenal dengan kemampuannya menjelaskan pemikiran falsafah yang rumit dalam gaya yang mudah difahami. Antara karyanya yang paling dikenali termasuk Philosophy: The Basics, Philosophy: The Classics dan Thinking from A to Z.
Namun begitu, bukunya A Little History of Philosophy (2011) telah mendapat perhatian luas kerana memperkenalkan sejarah falsafah Barat, daripada Socrates hinggalah ke era moden, dengan bahasa yang ringkas, bertenaga dan penuh contoh kehidupan harian.
- Judul asal
- A Little History of Philosophy (2011)
- Penulis
- Nigel Warburton
- Penterjemah
- Hairi Dahari
- Tahun terbit
- 2026
- Halaman
- 288 mukasurat
- ISBN
- 9786297812083
- Ukuran
- 15 x 23 cm (Kulit Keras)
- Berat
- 0.5 kg