IBDE Memahami Ekonomi: Panduan Termudah untuk Orang Awam - Ha-Joon Chang (Sains Sosial)
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
“Sekarang, masa untuk sesuatu yang lain dari yang lain...” Pernahkah anda terfikir tentang realiti sebenar kehidupan kita hari ini? Selama ini, kita hanya menyerahkan urusan ekonomi kepada para pakar kerana yakin dengan kepakaran mereka. Namun, tidakkah terdetik di hati kita untuk menilai dan memahami sendiri apa yang sedang berlaku? Memahami Ekonomi, karya Pakar Ekonomi dari Korea Selatan, Ha Joon-Chang ini menjadikan ekonomi lebih mudah difahami dan dekat dengan kehidupan seharian anda. Jangan hanya jadi pemerhati kepada ekonomi dunia, rebutlah peluang untuk menjadi sebahagian darinya.
Rangsang Sari
Ekonomi bukan hanya untuk pakar! Dalam buku ini, Ha-Joon Chang mempersembahkan pandangan kritis tentang bagaimana ekonomi berfungsi dalam kehidupan seharian. Selain sarat dengan fakta dan sejarah, pengarang turut membahaskan teori-teori ekonomi yang penting dengan cara mudah dan menghiburkan. Gaya penulisan buku ini yang santai mengajar pembaca cara berfikir seperti ahli ekonomi tanpa jargon-jargon mengelirukan. Buku ini adalah bacaan wajib bagi mereka yang ingin melihat dunia ekonomi dari sudut baru.
Tentang Pengarang
Ha-Joon Chang ialah seorang ahli ekonomi dari Korea Selatan, lahir pada 7 Oktober 1963. Dia memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari University of Cambridge dan mengajar di sana sebelum menyertai SOAS, Universiti London, pada tahun 2022. Selain Memahami Ekonomi: Panduan Termudah untuk Orang Awam, antara buku lainnya yang terkenal adalah Kicking Away the Ladder (2002), Bad Samaritans (2008), dan 23 Things They Don’t Tell You About Capitalism (2010) yang mengkritik kapitalisme neoliberal. Dia turut menjadi perunding untuk Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalam lapangan akademik, dia menerima dua anugerah antarabangsa iaitu Gunnar Myrdal Prize dan Wassily Leontief Prize. Ha-Joon Chang menetap di London bersama keluarganya.
Maklumat Buku
Judul asal: Economics: The User’s Guide (2015)
Penulis: Ha-Joon Chang
Penterjemah: Afifah Anni’maty
Tahun terbit: 2025
Halaman: 376 mukasurat
ISBN: 9789670037806
Ukuran: 23 x 15 cm (Kulit Keras)
Berat: 0.70 kg